Terkini

Kenal Lelaki Lain Menerusi Tinder, Isteri Gadai Maruah Demi Tender Projek Binaan

gempak
Izwan Isa
28/06/2024
09:00 MYT
Sponsor Banner
Kenal Lelaki Lain Menerusi Tinder, Isteri Gadai Maruah Demi Tender Projek Binaan
Gara-gara mahu mendapatkan tender projek binaan, seorang isteri sanggup menggadai maruah main kayu tiga di belakang suaminya sehingga berakhir ke titik perceraian.
Memetik Sinar Harian, si suami yang juga pesara Bernama Mohamad Mahadi, 57, berkata, perpisahan tersebut berlaku pada Mac lalu selepas isterinya, Mastura, mengenali seseorang melalui aplikasi sosial Tinder.
Menurutnya, lelaki yang dikenali itu memiliki kerjaya sama seperti Mastura iaitu sebagai kontraktor.

Tinder

“Saya menyedari perubahan sikap isteri apabila dia kerap menghabiskan masa dengan telefon bimbit sehinggakan tidak sempat meluangkan waktu bersama saya dan anak-anak. Keadaan ini berlanjutan selama lebih enam bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Yang Zayn Malik Buat Untuk Cari Jodoh Lepas Putus Dengan Gigi Hadid

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal Di Tinder, Wanita Dakwa Zayn Malik 40 Kali Ajak Lakukan S*ks Bertiga?

ARTIKEL BERKAITAN: “Report Kalau Jumpa” - Asyraf Aley Mohon Jangan Tertipu Akaun Palsu, Tak Pernah Main Tinder

ARTIKEL BERKAITAN: Apa Yang Suami Aktres Ni Buat Dekat Tinder?

ARTIKEL BERKAITAN: Tepi Sikit Tinder, Perkenalkan Facebook Dating Untuk Cari Jodoh

“Saya rasa kurang senang dengan keadaan ini kerana dia bukan lagi seorang isteri yang saya kenali. Dia berubah secara total, tidak lagi makan, tidur dan berbual bersama,” ujarnya.
Tambah Mohamad, sejak bekas isteri menunjukkan perubahan ketara dalam hubungan rumah tangga, dia kerap tiada di rumah atas alasan tuntutan kerja di luar kawasan tempat tinggal.
Sepanjang 24 tahun mendirikan rumah tangga, Mohamad berkata, dia menghormati privasi isteri, namun timbul rasa ingin tahu tentang rahsia di sebalik telefon pintar milik Mastura selepas isterinya itu berubah sikap.

“Suatu hari, isteri tidak membawa masuk telefon bersama ke dalam tandas. Jadi saya guna peluang itu untuk mengakses masuk telefonnya.

“Saya benar-benar terkejut melihat mesej perbualan dalam ruangan sembang aplikasi tersebut.
“Dalam perbualan itu, kedua-dua mereka ada berkongsi beberapa keping gambar tidak senonoh.
“Melihat kepada perbuatan tersebut mereka pernah tidur bersama, bahkan berjanji untuk berjumpa lagi di sebuah hotel di Ipoh, Perak,” ujar bapa kepada empat orang anak itu.
Menurut Mohamad, isterinya itu sanggup berbuat demikian kerana lelaki berkenaan menetapkan syarat perlu tidur bersama jika mahu mendapatkan projek.
Jelasnya, hubungan mereka terlerai apabila dia berjaya membongkar perbuatan terkutuk itu selepas Mastura ditemui berdua-duaan dengan lelaki berstatus suami orang itu di sebuah hotel di Klang, Selangor.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024