Laman Utama
Kenali Aziz Hedra, Penyanyi Kacak Kacukan Arab Yang Minat Upin & Ipin! - "Saya Belajar Bahasa Melayu Pun Daripada ..."
Biar masih baru dalam lapangan seni, nama Aziz Hedra semakin disebut-sebut lewat single pertamanya Somebody's Pleasure yang video muziknya sudah mencecah jutaan tontonan di YouTube.
Berkesempatan bertemu secara maya bersama Aziz, penyanyi berusia 22 tahun itu sempat berbagi cerita tentang permulaan kerjaya, aset tampan serta suara merdu yang dimilikinya.
Ikuti temubual Gempak bersama Aziz Hedra:
Gempak: Somebody's Pleasure mendapat sambutan luar jangka biarpun lagu itu berbahasa Inggeris, apa komen anda?
Aziz Hedra: Alhamdulillah, saya pun tak menyangka sama sekali dan boleh diterima sampai ke Malaysia. Ia merupakan kisah tentang seseorang yang berkorban diri demi kebahagiaan orang lain. Ia tentang diri saya dan pernah melalui situasi itu, berkorban perasaan demi kesenangan orang lain. Ia sangat tak disarankan dan jangan buat macam itu!
G: Selepas ini bagaimana hala tuju Aziz?
AH: Buat masa sekarang saya masih memfokuskan kepada pembelajaran dalam bidang pengurusan ekonomi dan bisnes serta lagu pertama saya. Untuk music direction pula saya masih mencari 'warnanya', masih bereksperimen dan cuba menghasilkan lagu sendiri. Saya juga tak pernah pastikan bahasa mana yang harus saya nyanyikan dalam lagu-lagu selepas ini. Ia bergantung pada inspirasi.
G: Siapa artis wanita yang ingin berkolaborasi?
AH: Saya minat Aisha Retno, suaranya luar biasa! Kalau ada peluang saya mahu berkolaborasi bersamanya. Rasanya dia artis yang saya boleh connect dalam muzik.
G: Dikurniakan wajah yang tampan, suara yang merdu. Adakah Aziz menganggap ia sebagai pakej, peluang atau rezeki?
AH: Rezeki sudah ada yang atur, aku cuma usaha semaksima mungkin, usaha bikin terbaik agar orang bisa terima lagu dan apa adanya. I'll try & do my best.
G: Nyatakan lima perkara yang peminat perlu tahu tentang anda?
AH: (1) Tak suka makan pedas dan tak boleh makan pedas, (2) Suka sangat minum ais, (3) Suka cuaca sejuk berbanding panas, (4) Suka maraton filem, banyak saya belajar tentang bahasa Malaysia daripada Upin & Ipin, (5) Suka warna hitam
G: Sudah punyai kekasih?
AH: Buat masa sekarang belum, dan saya masih mahu fokus pada kerjaya seni saya. Saya tidak punyai ciri-ciri spesifik wanita dambaan, asalkan sama frekuensi dan secocok.
Must-Watch Video