Laman Utama

“Kenapa Aaidaa Menangis? Ada Kisah Seram Sekolah Ke Hari Ni?” - Episod 3 Projek: Anchor SPM Bakal Bawa Kejutan!

gempak
Hanafis Haris
29/03/2021
06:56 MYT
Sponsor Banner
“Kenapa Aaidaa Menangis? Ada Kisah Seram Sekolah Ke Hari Ni?” - Episod 3 Projek: Anchor SPM Bakal Bawa Kejutan!

Tayangan ‘trailer’ episod tiga drama premium, Projek: Anchor SPM nampak gayanya telah membuatkan ramai penonton tidak senang duduk.

Menerusi pemantauan Gempak di media sosial, rata-ratanya tidak sabar untuk menonton episod tersebut jam 9 malam ini.

Kebanyakan mereka banyak mempersoalkan mengapa Aaidaa lakonan Daiyan Trisha menangis ketika pulang ke rumahnya.

Apa pula plan dan strategi terbaru Aizat lakonan Aedy Ashraf?

Namun, paling membuatkan ramai tertanya-tanya adakah episod kali ini akan memaparkan kisah seram sekolah asrama?

“Kenapa Aaida menangis weh, aku tak boleh la teaser macam ni”

“Apa plan diorang ni, aku pula tak sabar”

“Weh kisah seram ke ni tajuk pun hantu locker” tulis beberapa netizen.

Untuk merungkai segala persoalan ini, pastikan anda tidak terlepas peluang menyaksikan episod tiga Projek: Anchor SPM di saluran Astro Citra, jam 9.00 malam ini.

Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live