Salam Muslim

Kenapa Farid Kamil, Yana Samsudin Kerap Ke Mahkamah Syariah?

Ahmad Shah
04/02/2016
06:29 MYT
Kelibat aktor Farid Kamil dan adik iparnya, aktres Yana Samsudin kerap dilihat turun naik mahkamah baru-baru ini.
Kemunculan mereka berdua di mahkamah telah menyebabkan munculnya pelbagai spekulasi dan cakap-cakap orang.
Tetapi itulah sikap manusia yang selalu mempunyai sifat ingin tahu yang kadangkala boleh menimbulkan berita-berita negatif dan kurang enak.
Astro Gempak tidak mahu pembaca semua berteka-teki dan mula berfikir yang bukan-bukan, jadi kami kongsikan kisah sebenar mengapa Farid dan Yana dilihat kerap ke mahkamah sejak akhir-akhir ini.
Kemunculan Farid dan Yana yang kerap dilihat di mahkamah syariah itu adalah untuk menjayakan sebuah drama bersiri terbaru Astro Oasis bertajuk Qanun 99.
Qanun 99 mengetengahkan kes-kes yang sering dibicarakan di Mahkamah Syariah menerusi drama bersiri berdurasi 30 minit.
Untuk drama ini, kebanyakan daripada kes-kes yang diambil adalah kes-kes syariah yang lebih kepada kes-kes kekeluargaan, munakahad dan jenayah.
Farid Kamil akan memegang watak sebagai Khalil yang merupakan seorang peguam dari sebuah firma guaman untuk kes-kes syariah.
Manakala Yana Samsudin pula sebagai Zahara yang merupakan pembantu kepada Khalil.
Menariknya drama ini, ianya akan memberi penerangan kepada anda terhadap proses syariah (perceraian, tebus talak, dan permasalahan agama yang lain).
Jangan lupa saksikan Qanun 99 bermula Jumaat, 5 November 2016 jam 7.30 malam di saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
goldmovie

#Gold: Dapat Sarung Jersi Badminton Rashid Sidek, Farid Kamil Anggap Watak Dalam Filem Satu Penghormatan Besar

gempak
15/07/2024
05:55 MYT
Memainkan watak sebagai Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek (Rashid Sidek) menerusi filem Gold, pelakon Farid Kamil berkongsi tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakan iaitu menyarungkan jersi badminton sebenar daripada tahun 1992 bagi menjayakan karakter tersebut.
Hiburan

Farid Kamil Lalui Fasa Bahagia Selepas Rujuk, Tolak Dakwaan Jadi Pasangan Contoh - “Apa Yang Kami Buat Adalah Kembali Kepada Niat Asal Berkahwin”

gempak
06/07/2024
00:59 MYT
Pelakon, Farid Kamil meluahkan rasa syukur apabila kehidupannya kini lebih bahagia selepas kembali rujuk dan memulakan lembaran baharu bersama isteri tercinta, aktres, Diana Danielle.
goldmovie

#Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

gempak
05/07/2024
09:55 MYT
Pelakon, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold.
Hiburan

Pertama Kali Berlakon Bersama Isteri, Farid Kamil Akui Kekok! - "Mula-Mula Teruja, Ingatkan Mudah... "

gempak
27/06/2024
11:55 MYT
Pelakon Farid Kamil menceritakan pengalamannya pertama kali bekerjasama bersama isteri, Diana Danielle dalam satu filem berjudul Baran.