Pelakon Nad Zainal akui bimbang dengan pembelajaran anaknya, Fahad Ibrahim, 4, yang terjejas sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Lebih membimbangkan Nad apabila mengetahui kadar buta huruf pelajar darjah satu semakin meningkat.

Justeru, Nad mendapatkan perkhidmatan guru untuk mengajar Fahad memandangkan anak lelakinya itu tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya jika diajar olehnya.

“Disebabkan Covid-19 yang nampaknya macam tak berkesudahan. Buka pula suratkhabar kadar buta huruf pelajar darjah satu meningkat. Kita jadi cikgu dekat rumah lepas 15 minit dia mengadu tangan sakit.

“Jadi kena juga dapatkan khidmat guru. Kita dah mula cuti panjang, Yem (Fahad) ada dua cikgu iaitu cikgu bertauliah dengan cikgu singa kat sebelah dia..,” katanya.

Nad berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video anaknya yang sedang diajar oleh seorang guru wanita di rumah.

Pun begitu, Nad berharap ibu bapa lain bertabah hadapi situasi ini kerana bukan mudah untuk mengajar anak di rumah.

“Saya berharap semua ibu bapa tabah menghadapi situasi ini. Bukan senang tau, nak kerja lagi, nak mengemas, nak jadi cikgu.

“Tapi kenapa ya bila parents mengajar, anak cepat bosan? Dengan cikgu dia boleh pulak survive 1 jam tu? Geram pulak kita,” katanya lagi.

Sekdar info, Nad berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 dan Nad kini sedang sarat hamil bayi kedua.

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)