HIBURAN
“Kenapa Makin Ramai Manusia Tiada Adab? Malas Hadap Perangai Macam Ni” - Shiha Zikir
Penyanyi, Shiha Zikir meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir individu yang dianggap tiada adab ketika berurusan.
Menerusi satu hantaran di Threads, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 37, berkongsi pengalaman menerima mesej WhatsApp daripada seorang individu dikenali yang bertanyakan kesediaannya pada satu tarikh tertentu.
“Kenapa makin ramai manusia takde adab ye? Baru terima wasap dari seseorang yang dikenali ni tanya ‘date sekian-sekian ni Shiha free tak?’.

“Shiha pun tanya la, ‘ada apa tu?’. Usually, dorang akan terus reply ‘kami ada event untuk bla bla bla bertempat di bla bla bla..’. Tapi tau tak dia balas apa? ‘Perform lah. Takkan nak tengok saya meniaga pulak?’,” katanya.
Jelas pelantun Renjana itu, cara berkomunikasi yang tidak sopan membuatkan dia memilih untuk menolak pelawaan tersebut.
“Dear, better next time tulis terus, untuk malam gala ke, untuk event ke. Kalau ye pun, boleh je kot jawab elok-elok. If attitude macam ni, Shiha terus reply, tak free,” ujarnya.
Menurut Shiha, walaupun sudah memberikan nombor pengurus untuk urusan lanjut, individu berkenaan tetap menghubunginya secara peribadi.
“Dear, lain kali teruslah tulis untuk malam gala ke, event ke. Kalau ya pun, boleh jawab elok-elok. Attitude macam ni, saya terus balas tak free.
“Saya bukan apa, malas nak hadap perangai macam ni. Kita suka yang positif-positif saja,” ujarnya.
Must-Watch Video