Pelakon Nabila Huda akui hairan apabila ada segelintir wanita berbangsa Melayu yang tidak menyukai warna asal kulit mereka sendiri.

Ini kerana, Nabila mendapati ada wanita berbangsa Melayu yang terlalu ‘taksub’ untuk memiliki kulit yang putih berbanding warna asal kebanyakan masyarakat Melayu iaitu sawo matang.

Malah, bagi Nabila atau mesra disapa Abil, warna sawo matang adalah warna yang ‘seksi’ dan menawan.

“Kenapa ramai perempuan melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obsessed nak berkulit putih.

“Korang sedar tak, kulit warna kita (orang melayu) ini sebenarnya menggambarkan wanita melayu itu cantik. Brown sugar is sexy awak tahu.

“I love my skin sangat-sangat and saya bangga dengan itu,” katanya.

Nabila berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi satu ciapan yang dimuat naik di laman Twitter baru-baru ini.

Sementara itu, perkongsian anak kepada penyanyi lagenda Amy Search itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen bersetuju dengan Nabila dan menyatakan warna asal kulit masyarakat Melayu adalah warna yang menawan.

Malah tidak kurang juga yang berbangga apabila memiliki kulit berwarna sawo matang.

“Kan, mat salleh habis duit berbelas ribu nak gelapkan kulit. Kita pula nak jadi pucat. Natural is osem woi,” kata seorang wargamaya.

“I love my own skin, tak pernah nak pakai produk memutih ke apa,” kata seorang warganet.

“Kulit kita yang gelap macam ni jarang dapat sakit, orang yang kulit putih mudah diserang cancer,” kongsi seorang netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.