BERITA
"Kenapa Saya Nak Merajuk? Merajuk Is So Childish" - Fathia Latiff
Pelakon Fathia Latiff menafikan dia jarang muncul di kaca TV disebabkan 'merajuk' dengan segelintir pihak dalam industri lakonan.
Menurut Fathia, dia akui agak memilih watak lakonan yang ditawarkan kepadanya demi menjaga imej dan kualiti lakonannya.
"Saya jarang muncul di kaca TV adalah disebabkan saya agak memilih watak yang ditawarkan demi menjaga kualiti lakonan saya.
"Bukanlah saya merajuk seperti yang didakwa segelintir pihak, kenapa nak merajuk? Merajuk is so childish.
"Selain itu, saya juga sibuk dengan perniagaan tudung saya dan beberapa perkara baru yang saya cuba dalam kehidupan saya," kata Fathia kepada Gempak.
Fathia berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Mood Republik bertempat di The Westin Kuala Lumpur petang semalam.
Lokasi Mood Republik tahun ini telah berpindah ke MITEC Kuala Lumpur dan akan berlangsung pada 24 hingga 27 Mei 2019.
Must-Watch Video