Laman Utama
Kenapa Shila & Syada Dah Tak Follow Satu Sama Lain Di Instagram?
Hi you alls, tengah buat apa tu? Tahulah hari ni dah Jumaat, bukan main happy lagi korang kan tak sabar nak habiskan kerja dan celebrate weekend?
Tapi Miss K tak kisah pun hari ni Jumaat ke apa sebab Miss K tengah bercuti atas kapal layar dengan kawan-kawan Miss K ni. Haruslah, nak habiskan cuti hujung tahun. Lokasi di mana? Rahsia. Apa-apa follow update Miss K kat Instagram je gitu.
Bercakap pasal Instagram, waktu borak-borak santai dengan kawan Miss K tadi, dia sempat kuis Miss K pasal pasangan adik beradik yang bergelar artis ni.
Siapa lagi kalau bukan Shila Amzah dan Syada Amzah. Miss K macam peliklah, apa pula isu adik beradik tu kali ni? Kawan Miss K kata, Syada dan Shila dah tak follow each other dekat Instagram.
Oh no! Biar betul?
“Ye you alls… I tengok masing-masing dah tak follow each other. Lepas tu, Shila kan bakal muncul dalam satu program hiburan bersama adik lelakinya Syahir. I perasan dekat IG Story Syada, dia hanya letak hashtag #TeamSyahir je,” begitu kata kawan Miss K.
Miss K pun segera tengok profile Instagram masing-masing. Betul lah, dah tak follow each other. Tapi Shila elok je follow Syahir, tapi tidak Syada. Syada pun elok je follow Syahir tapi tidak Shila. Eh peninglah Miss K.
Lagipun bila tengok feed, macam Syada dah padam gambar-gambar dia dengan Shila, waktu dia temankan Shila bertanding Gegar Vaganza tahun lepas. Hari tu pun masa Shila kahwin, katanya Syada balik awal.
Apa pun, Miss K harap tak ada apa-apa masalah yang berlaku antara dua beradik ni. Mungkin baik Shila mahupun Syada, masing-masing ada sebab tersendiri kenapa dorang buat macam tu. Maybe cara dorang healing begitu kot.
Miss K: Following Miss K seorang je, macam Beyonce… iaitu shuben Miss K
Must-Watch Video