Berita
"Kenapa Tak Pakai Anak Tudung Sis?"- Netizen Tegur Tindakan Vivy Yusof Kongsi Foto Nampak Rambut Warna Perang
Usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan sebahagian rambutnya di Instagram.
Foto yang memaparkan dia sedang memeluk anak-anaknya itu, menampakkan sebahagian rambutnya yang berwarna perang.
Ekoran perkongsiannya itu, ruangan komen posting usahawan berusia 33 tahun itu dibanjiri pelbagai komen dalam kalangan netizen.
Rata-rata menegur tindakannya berkongsi gambar yang memaparkan bahagian auratnya di media sosial.
"Kenapa tak pakai anak tudung sis..tu aurat sis janganlah tunjuk aurat sis rambut warna perang haram mewarnai rambut sis kecuali rambut sis memang warna perang.
"Alahai, gigihnya nak tunjuk rambut ke tu?
"Rambut anda hanya untuk mahram sahaja.
"Jual anak tudung nanotech bagai. Tapi pakai tudung nampak rambut. Apoooo.
"Saya hairan kenapa sesetengah orang boleh post foto tanpa check terlebih dulu, atau mereka memang tak kisah atau sengaja mahukan perhatian. Saya tak pasti. Saya peminat awak, tapi tak cantik macam ni, maaf.
"Dear kak vivy, saya salah seorang peminat awak, tolong berhati-hati mengenai aurat anda. Sebelum popular, elok dan manis je pakai tudung dengan sempurna. Tapi sekarang..tolong jangan pakai ala-ala turban semua, I love you Kak Vivy," tulis sebahagian netizen.
Begitupun, ada juga dalam kalangan netizen yang mahu menganggap apa yang dikongsikan Vivy itu mungkin tidak disengajakan.
"Masih percaya yang kamu merupakan seorang yang cantik dan bijak, jadi saya mahu bersangka baik, kamu tak perasan aurat kamu terdedah," tulis peminatnya.
Sebelum ini, Vivy pernah mendedahkan bahawa penghijrahannya selepas berkahwin dengan imej berhijab dibuat tanpa paksaan sesiapa.
Vivy dan Fadza mendirikan rumah tangga pada tahun 2012.
Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.
Must-Watch Video