HIBURAN
Kenyataan Tiduri 20 Orang Wanita Buat Jefri Nichol Hilang 'Job' - “Saya Hanya Bergurau & Tak Pernah…”
Pelakon Indonesia, Jefri Nichol menafikan pernah meniduri 20 wanita sepanjang menjalin hubungan cinta.
Jelas kekasih hati Ameera Khan itu, dia hanya bergurau dan tidak pernah meniduri wanita seramai itu.
"Itu saya hanya bergurau, sumpah. Saya hanya bergurau sahaja ketika muncul di podcast itu,saya masih teruna,"katanya.
Pada masa sama, pelakon filem Ali Topan itu memaklumkan kehilangan banyak tawaran kerjasama dengan jenama produk gara-gara gurauan tersebut.
"Kerana berita itu tular, banyak kerjasama dengan jenama produk saya hilang,” tambahnya lagi.
Terdahulu Jefri Nichol pernah mendedahkan dia sudah meniduri 20 wanita sepanjang menjalin hubungan cinta.
Meski tidak memberi kenyataan secara lisan, bintang filem Ali Topan itu memberi isyarat tangan ‘ya’ sewaktu ditanya mengenai jumlah wanita yang pernah ditiduri.
Disebabkan Keterbukaan itu Jefri kemudian menerima pelbagai kecaman daripada netizen.
Must-Watch Video