Sekeping foto memaparkan kenyataan media mengenai lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 selama lagi dua minggu tular di media sosial sejak petang semalam.

Dalam kenyataan palsu kononnya oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tular itu, ia menyebut PKP 3.0 akan dilanjutkan bermula 29 Jun hingga 12 Julai 2021.

Kenyataan palsu itu turut menyebut keputusan lanjutan PKP 3.0 dibuat selepas mengambil kira kes baharu positif COVID-19 yang masih melepasi 3,000 kes setiap hari.

Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan membuat penafian bahawa kenyataan yang tular itu palsu!


Untuk rekod, tarikh penguatkuasaan total lockdown atau PKP 3.0 akan berakhir 28 Jun ini.

Sementara itu, memetik kenyataan Utusan Online, status pelaksanaan PKP 3.0 dilanjutkan atau sebaliknya hanya akan diumumkan hari ini.