Berita
"Kepada Netizen Yang Mengutuk, Sila Mati" - Wakil 'Persatuan Perempuan Kasar' Buka Mulut, Back Up Ara Johari!
Jika menyebut nama penyanyi Ara Johari, sudah pasti kita semua terbayangkan imej penampilannya yang kelihatan agak 'lasak'.
Bahkan, di awal pembabitannya dalam industri muzik, penyanyi berusia 22 tahun itu juga pernah mengakui bahawa karakter dirinya memang sedikit kasar seperti orang lelaki.
Begitupun, imej 'tomboi' pemilik nama sebenar Nurfarrah Izzatie Johari itu masih lagi menjadi bualan dalam kalangan netizen sehingga hari ini.
Lebih-lebih lagi perbualan mengenai penampilannya itu menjadi hangat dalam video muzik single terbaharunya berjudul Racun Hati.
Ada netizen menyifatkan seolah-olah, imej Ara tertukar dengan pelakon Ben Amir yang digandingkan dalam video muzik tersebut.
Ini kerana penampilan Ara berambut pendek dikatakan nampak lebih kasar berbanding Ben yang berambut panjang.
"Bila lelakinya cantik, perempuannya handsome. Kan dah bertukar posisi," komen sebahagian netizen di video muzik rasmi Racun Hati yang dimuat naik di YouTube.
Begitupun, apa yang menarik perhatian umum, terdapat seorang wanita yang cuba mempertahankan Ara daripada terus menjadi mangsa kritikan netizen.
"Saya daripada persatuan perempuan-perempuan kasar ingin mengatakan bahawa menjadi seorang perempuan kasar dan berperwatakan seperti lelaki tak mudah ya.
"Dicaci dimaki dan sebagainya tapi saya tetap perempuan dan mempunyai hati yang tisu.
"Jadi, kepada netizen yang mengutuk Ara Johari, sila mati sebab anda tak tahu betapa susahnya perempuan kasar ni nak berubah jadi ayu macam yang anda semua harapkan!
"Okey sekian daripada saya wakil perempuan-perempuan kasar sedunia," tulis pemilik akaun SN Nazihah itu.
Pandangan SN Nazihah itu turut mendapat lebih 300 maklum balas yang rata-ratanya bersetuju dengan apa yang diperkatakannya.
Mereka meminta agar Ara terus kekal tabah dan tidak ambil serius dengan komen-komen negatif.
Ara yang turut popular dengan lagu Bunga itu merupakan penyanyi berbakat besar kelahiran Akademi Fantasia 2016.
Must-Watch Video