Laman Utama

“Kepada Pengunjung Yang Terkandas Di Resort, Tinggallah Sementara Keadaan Kembali Pulih,” – Aliff Syukri

gempak
Fiza Kamarudin
20/12/2021
09:26 MYT
Sponsor Banner
“Kepada Pengunjung Yang Terkandas Di Resort, Tinggallah Sementara Keadaan Kembali Pulih,” – Aliff Syukri
Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri antara individu yang mengalami kemusnahan harta benda akibat bencana banjir pada Sabtu lalu.
Aliff Syukri menerusi hantaran di laman sosial Instagram (IG) berkongsi mengenai pusat peranginan miliknya Sugeh Eco Resort yang terletak di Janda Baik.
Kata Aliff, bencana alam tersebut menyebabkan kerosakan di sekitar kawasan pusat peranginan tersebut termasuk kematian haiwan peliharaan.
Bagaimanapun dia lega apabila mendapat tahu pengunjung yang terkandas di sana berada dalam keadaan selamat.
“Perasaan saya sangat sedih dan pilu, tak sangka Malaysia dilanda banjir seteruk seperti ini. Tak terkecuali Resort saya di Janda Baik juga mengalami banjir lumpur dan air deras.
“Banyak harta benda musnah, binatang mati tapi saya lega semua pelanggan saya selamat. Mohon maaf juga saya lambat dapat info, line di sini tidak berapa baik,” katanya yang kini sedang bercuti di Turki bersama keluarga.
Tambah Aliff Syukri lagi pihaknya mengambil berat dan memahami situasi dihadapi pengunjung, tambahan lagi bencana berlaku di luar jangkaan semua.
“Kepada semua pengunjung @sugehecoresort jangan risau, kami beri kebenaran kepada anda untuk menunda tarikh percutian anda.
“Dan kepada yang terkandas di @sugehecoresort ,kami sedia membantu anda untuk terus tinggal sementara di sana sehingga keadaan kembali pulih,” katanya.
Dalam pada itu Aliff berkata, sebaik sahaja kembali ke tanah air bantuan akan segera dihulurkan kepada mangsa banjir.
“Kepada mereka yang terkesan dengan banjir ini, Insha-ALLAH sampainya saya di sana, saya akan bantu anda di sana nanti. Aminn Ya Rabb.
“Boleh tak kongsikan lokasi anda semua yang teruk terjejas? Mana tahu saya boleh tolong ke sana untuk membantu anda semua,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024