Laman Utama
Kepala Terkehel Ditarik Isteri Masa Bersalin, Tajul Seronok Dapat Anak Lelaki
Penyanyi Tajul, 23, berkongsi berita gembira apabila isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan anak kedua mereka, pada petang Khamis di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.
Menurut Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md. Shari berkata bayi lelaki seberat tiga kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal.
"Alhamdulillah, berkat doa korang semua. Tak sampai satu jam bertarung nyawa dalam bilik bersalin isteri Tajul dah selamat bersalin dengan normal.
Advertisement
"Berat anak 3 kg, baby boy.. sepasang dah dapat," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelantun lagu Sedalam Dalam Rindu mendedahkan momen tidak dapat dilupakan apabila kepalanya terkehel disebabkan tarikan isterinya ketika contraction.
"Walaupun kepala aku terkehel tadi, sebab bini aku tarik masa contraction dia tengah kuat. Nasib baik masih selamat.. Nama baby nanti Tajul akan umumkan," tulisnya lagi.
Terdahulu, Tajul berkahwin dengan Nurul Shamieza Eddie pada tiga tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.
Must-Watch Video