Bekas isteri penyanyi Virgoun, Inara Rusli tidak lagi boleh mencari rezeki selepas kerajaan Indonesia mengharamkan TikTok Shop di negara itu.

Menurut Inara, dia berharap agar ada jalan penyelesaian terbaik yang dapat dilakukan oleh pihak berwajib memandangkan penjualan di TikTok Shop dapat dilakukan tanpa mengeluarkan modal.

“Menurut saya, TikTok Shop adalah bentuk perwakilan dari prinsip kelima Pancasila.

“Keadilan sosial bagi seluruh rakyat Indonesia,” tutur Inara di Instagram Storiesnya baru-baru ini.

Tambah Inara, TikTok Shop tidak hanya digunakan oleh golongan artis untuk meraih pendapatan, malah ia juga menjadi platform pilihan orang awam yang ingin mendapatkan wang.

“Sebab semua orang dari pelbagai lapisan masyarakat dan kawasan terpencil mempunyai peluang yang sama mendapatkan FYP, dapat duit walaupun tanpa modal.

“Harapannya kerajaan akan mencari satu rumusan kawal selia yang boleh menjadi penyelesaian menang-menang kepada semua pihak berkaitan,” tulisnya lagi.

Sumber: Detik

BACA: Lepas Buka Purdah, Inara Rusli Akui Air Wuduk & Solat Malam Buat Diri Jadi Cantik​