Berita

"Kerana Setitik Aliff Aziz, Rosak Alif Sebelanga" - Alif Satar Sekali Lagi Kena Tempias!

gempak
Asraf Aided
14/05/2019
10:09 MYT
Sponsor Banner
"Kerana Setitik Aliff Aziz, Rosak Alif Sebelanga" - Alif Satar Sekali Lagi Kena Tempias!
Selebriti popular, Alif Satar sekali lagi menerima tempias ekoran kontroversi terbaru Aliff Aziz yang tular di media sosial hari ini.
Seperti isu kecurangan Aliff Aziz sebelum ini, masih terdapat netizen yang keliru dan menganggap Alif Satar yang berlaku curang terhadap isterinya.
Beberapa jam lalu, Alif memuat naik fotonya melakukan 'facepalm' seakan memberi hint tentang kekeliruan netizen terhadap dirinya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pendapat masing-masing dan meminta Alif bersabar menghadapi perkara tersebut.
"Hahaha sabar bosku, ini Alif baik suami mithali, bukan macam sorang lagin tu.
"Sabar lah di bulan mulia ni, penat menjawab kan?
"Kerana setitik Aliff Aziz, rosak Alif sebelanga," tulis netizen.
A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on
Sekeping foto memaparkan aksi mesra tanpa baju mirip Aliff Aziz bersama seorang gadis berusia 17 tahun telah tersebar dan sekali lagi membuatkan Aliff dikecam netizen.
BACA : Aliff Aziz Kantoi Curang 'Check In' Dengan Gadis Rempit 17 Tahun Pula?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024