Berita

Kerana Taimur Ali Khan, Kareena Kapoor Berehat Tiga Bulan

gempak
Rozaimi Zubaidi
30/10/2017
07:03 MYT
Sponsor Banner
Kerana Taimur Ali Khan, Kareena Kapoor Berehat Tiga Bulan
Aktres terkenal Bollywood, Kareena Kapoor dilaporkan mengambil rehat selama tiga bulan untuk meluangkan masa bersama anaknya, Taimur Ali Khan.
Menerusi laporan Pinkvilla.com, Kareena berkata, dia mahu menggunakan masa itu untuk bercuti bersama keluarga kerana sejak kebelakangan ini sibuk di lokasi penggambaran.
"Saya mahu mengambil rehat daripada menerima sebarang tawaran berlakon sehingga Mac tahun depan kerana ingin memberi masa bersama keluarga.
"Saya tidak mahu melepaskan saat-saat indah ketika Taimur membesar dan jika boleh saya mahu berada setiap masa bersama dengan dia.
"Saya juga merancang untuk pergi bercuti bersama Saif Ali Khan dan Taimur namun tidak tahu lagi kemana destinasi yang hendak kami pergi.
"Buat masa sekarang saya sibuk di lokasi penggambaran, Veere Di Wedding dan habis penggambaran pada Disember ini," katanya.
Taimur yang kini sudah berusia 10 bulan adalah anak pertama hasil perkahwinan Kareena dan Saif yang mendirikan rumah tangga pada 16 Oktober 2012.
Bagi Saif pula, Taimur merupakan anak ketiganya. Sebelum ini, menerusi perkahwinan dengan pelakon Amrita Singh, Saif dikurniakan dua orang anak, Sara Ali Khan dan Ibrahim Ali Khan.
Sumber: Pinkvilla.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024