Nama Muaz Zabir hangat diperkatakan selepas desas-desus hubungannya bersama aktres, Bella Astillah tular di media sosial.

Tetapi, mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang latar belakang Muaz dan bagaimana dirinya mampu terjebak dalam skandal bersama isteri kepada Aliff Aziz.

Berikut merupakan biodata pelakon baharu Muaz Zabir:

Nama Dan Negeri Asal

Muaz Zabir atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir merupakan seorang pelakon berusia 27 tahun yang sedang meningkat naik.

Muaz berasal dari Linggi, Negeri Sembilan dan mendapat pendidikan di Kolej Profesional MARA, Seri Iskandar, Perak dalam jurusan pemasaran.

Penglibatan Dalam Industri Seni

Muaz mula berkecimpung dalam industri seni tanah air apabila dirinya menyertai salah satu program realiti, Fit For Action pada tahun 2022 yang membawa cabaran lakonan dan fizikal dalam pencarian pelakon serba boleh di Malaysia.

Bagaimanapun, penglibatan dirinya dalam bidang seni tidaklah dirancang, kerana sebelum bergelar pelakon, Muaz merupakan seorang jurulatih kecergasan di gimnasium.

Sebelum terlibat dalam program realiti berkenaan, Muaz pernah menjadi pelakon tambahan, namun tidak pernah diberi sebarang dialog.

Fakta Menarik

Muaz menjadikan Beto Kusyairi dan Amerul Affendi sebagai idola yang menginspirasikannya dalam dunia lakonan.

Dalam pada itu, wajah Muaz juga sering kali disamakan dengan usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri menurut netizen.

Terdahulu, Bella Astillah menjadi bualan ramai apabila didakwa mempunyai hubungan asmara dengan pelakon baharu, Muaz Zabir.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali @edisiumat, akaun itu memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan Bella bersama Muaz.

"Sekarang baru faham kenapa. Ini baru tunjuk sikit," tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Pendedahan yang dibuat akaun itu turut memaparkan tangkap layar perbualan mesej Bella dan Muaz yang saling berbalas menggunakan kata-kata panggilan mesra.

Hubungan terbabit didakwa sudah berlangsung sejak Oktober tahun lalu selain mereka kerap berkongsi foto rutin harian dalam mesej yang dihantar.

BERITA TRENDING: Didakwa Ada Hubungan Dengan Pelakon Baharu, Netizen Tetap Sokong Bella - “Aliff Boleh Buat Kenapa Dia Tak Boleh”

BERITA TRENDING: "Masih Sayang..." - Aliff Aziz Tak Jadi Ceraikan Bella Astillah!