Laman Utama
Kerap 'Disandingkan' Dalam Karya, Mimi Lana : "Mudah Berlakon Dengan Syafiq Kyle"
Pelakon Mimi Lana, 26, akui mudah untuk bekerjasama dengan aktor Syafiq Kyle, 29, yang juga teman lelakinya dalam menjayakan sebuah karya.
Menurut Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkata mereka dapat berkongsi banyak idea untuk corakkan lagi karakter masing-masing.
"Sebenarnya lagi senang sebab kami dah banyak kali kerja bersama. Bukan kerana kami in relationship jadi mudah bekerja..tak semestinya.
"Kadang-kadang dalam hubungan okey tapi bila nak kerja bersama tak okey. Mungkin disebabkan saya dengan Syafiq kenal pun melalui berlakon.
"Kami dah banyak explore karakter yang berbeza. Dari situ banyak idea yang muncul bila kami berbincang. Lagi mudah kerja kami," katanya kepada Gempak.
Ditanya sama ada dia takut penonton akan berasa bosan apabila sering bergandingan, ini jawapan Mimi.
Kata pelakon filem Pusaka, dia percaya sekiranya mampu membawa karakter dengan baik tidak akan wujud perasaan itu.
"Saya rasa semua itu lebih kepada rezeki. Kalau kita pandai bawa karakter yang dipertanggungjawab, insya-Allah orang tak akan bosan untuk melihat," katanya lagi.
Kali ini, Mimi dan Syafiq disatukan dalam telefilem Bukan Cerita Cinta Cliche.
Selain pasangan sama cantik sama padan ini, Bukan Cerita Cinta Cliche juga menampilkan barisan pelakon lain antaranya Aliff Aziz, Firdaus Nadxaman, Lienda Halim, Nazzaty Rusli, Saidah Kamarudin, Sara Zulkifli, Hazeman Huzir, Eddy Effrimz.
Jangan lupa saksikan Bukan Cerita Cinta Cliche pada Sabtu, 6 Februari 2021 jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD.
Must-Watch Video