Sepotong video yang memaparkan seorang peniaga bazar ramadan didakwa terkena simbahan minyak panas gara-gara gerainya dirempuh oleh kereta tular baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video oleh seorang individu di platform TikTok, memaparkan orang ramai sedang mencuba untuk membantu peniaga bazar ramadan itu yang sedang menahan kesakitan.
@zalikha_zainal

Video ni sy ambil masa kejadian pada hari pertama puasa. Ada sesiapa yg tahu keadaan terkini abg tu skrg ? Atau ada info utk bg sumbangan pada abg ni.. Kesiannya Ya Allah.. hari pertama berniaga cari rezeki di bln Ramadhan, ditimpa ujian mcm tu??? Masa tu sy rushing terus balik sbb nk berbuka dah. Lps tu esoknya sy pergi nk cari kot2 ada family abg tu yg gantikan berniaga, dah tak jumpa dah gerainya.. Sesiapa ada info boleh update sama ya??

♬ original sound - zalikha zainal
Sementara itu, dapat dilihat juga gerai yang dipercayai milik peniaga bazar ramadan tersebut hancur dirempuh oleh sebuah kereta.

“Kejadian berlaku depan mata. Dengar diorang kata kereta meluncur ke khemah abang ni berniaga, terus terkena minyak panas,” tulis pemilik video tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, menurut salah seorang netizen kejadian ini berlaku dipercayai berpunca daripada kecuaian seorang bapa yang meninggalkan anaknya di dalam kereta.

“Dia tinggal anak dalam kereta. Dia turun membeli. Si anak dalam kereta pergi tekan gear D. Kereta tu jalan dengan sendiri,” kongsi seorang netizen.

Dalam pada itu, rata-rata netizen yang lain meluahkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa individu tersebut dan memuji tindakannya yang tidak lekang menyebut nama Allah ketika kejadian menimpa.

“Mulut tidak berhenti mengucapkan allahuakbar walaupon dalam kesakitann alhamdulilah semoga dipermudahkan urusan.

“Seriau weh. Tepercik minyak panas sikit pun dah pedih. Ini kan tersimbah. Moga Allah permudah urusan abang ni dan semoga cepat sembuh.

“Aduh kesianya semoga Allah beri kesembuhan kepada abang ni,,” komen beberapa netizen.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku di Bazar Kuala Klawang, Jelebu.

Setakat artikel ini ditulis hantaran tersebut telah menerima sebanyak 4.8 juta tontonan di Platform TikTok.

Berita Trending: "Terjerit Keluar Anak Tekak, Terkinja-Kinja ..." - Netizen Labelkan Nyanyian…

Berita Trending: "Tak Pernah Sesaat Pun Saya Lepas Tangan" - Norman Hakim…