Kereta usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dilaporkan terbakar di sebuah lebuh raya di Kuala Lumpur.

Menerusi entri di Instagram (IG), Aliff berkongsi sebuah video dalam keadaan sedih dan menunjukkan sebuah kereta ferarri terbakar di tepi lebuh raya.

"Aku insan yang lemah. Kuatkanlah semangatku ya Allah.

"Apa patut saya buat, kereta kesayangaku aku beli RM1.8juta," tulisnya.

aku insan yg lemah...kuatkanlah semangatku ya Allah..apa patut saya buat..kereta kesayangaku aku beli rm1.8juta?

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Rata-rata yang menyaksikan video itu berharap agar Datuk Aliff tabah menempuhi dugaan ini.

Semalam menerusi laporan Sinar Harian, pihak Bomba mengesahkan sebuah kereta mewah jenama Ferrari rentung selepas terbakar di KM29.5 Lebuhraya Kesas dalam kejadian yang berlaku petang semalam.

Kebakaran tersebut berlaku di Lebuhraya Kesas menghala ke Plaza Tol Sunway yang melibatkan sebuah kereta mewah jenama Ferrari dan terbakar 100 peratus.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan adalah kereta tersebut milik usahawan itu ataupun sebaliknya.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram/ Sinar Harian