Dah sampai pertengahan minggu. Jom kita tengok apa cerita menarik sepanjang hari ni!

#1. Semalam, Shuib memuat naik sepotong video yang memperlihatkannya melawat pusara Siti Sarah bersama Dzahira Talita Zahra. Namun Dzahira atau lebih mesra disapa Dekta tidak dapat menahan sebak lalu menitiskan air mata.

BACA: “Rindu Yang Tak Berpenghujung” - Netizen Sebak Lihat Dekta Menangis Di Pusara Arwah Siti Sarah

#2. Pengasas kosmetik popular, Datuk Seri Vida meluahkan rasa simpati dan memberikan bantuan terhadap penduduk yang terjejas akibat bencana puting beliung.

BACA: “Baiknya Datuk…” - Netizen Puji Tindakan DSV Bantu Mangsa Tornado Di Kg. Tawas, Ipoh

#3. Ada sekeping gambar yang dimuat naik Nabila Huda di Instagram menyorot perhatian netizen.

BACA: “Macam Betul-Betul Anak Beranak” - Netizen Tak Sabar Menantikan Gandingan Nabila Huda & Ellie Suriaty

#4. Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi memberi sedikit teguran terhadap segelintir individu kaya di Malaysia yang dilihat berdiam diri sewaktu banyak orang memerlukan bantuan ketika bencana banjir melanda negara hujung tahun lalu.

BACA: Pak Nil Pesan, Kalau Boleh Tunjuk Duit Kepuk-Kepuk, Kenapa Tak Seimbangkan Sekali Dengan…

#5. Iman Troye berkata, di sebalik kejayaannya mendapat keputusan cemerlang pada SPM 2019 dan mendapat sijil dekan di universiti, dia sebenarnya bergelut dengan pelbagai hal serta emosi.

BACA: Iman Troye Pernah Dibuli, Tak Ada Kawan Ketika Zaman Sekolah