,
Laman Utama

Pak Nil Pesan, Kalau Boleh Tunjuk Duit Kepuk-Kepuk, Kenapa Tak Seimbangkan Sekali Dengan…

Izwan Isa
02/02/2022
04:50 MYT
Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi memberi sedikit teguran terhadap segelintir individu kaya di Malaysia yang dilihat berdiam diri sewaktu banyak orang memerlukan bantuan ketika bencana banjir melanda negara hujung tahun lalu.
Individu yang mesra disapa Pak Nil itu memberitahu, dia berasa hairan apabila golongan sedemikian hanya rancak menunjuk kemewahan di media sosial berbanding bantuan kemanusiaan.
“Di mana orang kaya yang sebelum ini tunjuk duit berkepuk-kepuk sehingga ada yang baling duit sewaktu banjir tempoh hari? Ada juga yang tunjuk gelang dan barang kemas di media sosial. Di manakah mereka ini?
“Mungkin juga mereka akan beri alasan yang mereka lakukan sedekah secara senyap dan tak nak tunjuk. Kalau macam tu, kenapa bila tiba hal duit atau barang kemas mereka tak lakukan hal sama?
“Seimbangkanlah bagaimana mereka beria tunjuk duit tebal-tebal dengan bantuan yang dihulurkan,” ujar Pak Nil.
Begitupun, pelakon filem Cicakman itu mengakui yang amalan memberi sedekah bukanlah satu hal yang boleh dipaksa-paksa. Tetapi, Pak Nil berharap agar golongan yang dimaksudkan sedar akan perbuatan mereka.
“Benar, amal jariah memang tidak boleh dipaksa-paksa. Ia perlu datang daripada hati dan keinginan sendiri. Saya bukan dengki tetapi saya sayangkan mereka. Saya sudah anggap seperti adik-adik saya.
“Jadi, setiap kali mereka dikritik, saya terasa dan turut berasa kasihan,” katanya lagi.
"Saya tahu benda berkaitan amal jariah ini tidak boleh dipaksa-paksa sebaliknya perlu datang daripada hati dan diri sendiri. Saya menegur bukan sebab saya dengki tapi saya sayangkan mereka dan sudah anggap seperti adik-adik saya. Jadi setiap kali mereka dikritik saya sangat terasa dan kasihan," katanya.
Terdahulu, Pak Nil mewujudkan Kedai Percuma Pak Nil di Bukit Changgang, Banting, Selangor sejak 30 Disember lalu.
Jelas Pak Nil, idea itu tercetus apabila dia menjalankan kerja mengumpul golongan sukarelawan bagi membantu penduduk di kawasan itu membina semula hidup baru dan menyalurkan bantuan akibat banjir.
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Risiko Banjir & Hujan Lebat Punca Rock Warrior Music Festival Ditunda Ke Mei 2025!

gempak
11/11/2024
03:20 MYT
Rock Warrior Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 November depan di KL Base, Sungai Besi, Kuala Lumpur akan ditunda tarikhnya kepada bulan Mei tahun hadapan.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Drama

7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

gempak
20/10/2024
12:55 MYT
Kesihatan mental adalah penting untuk kesejahteraan, tetapi sering diabaikan. Mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan melakukan intervensi awal adalah kunci untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Hiburan

Tanah Runtuh Akibat Hujan Lebat, Kawasan Rumah Sharifah Shahirah Antara Yang Terjejas - “Jadi Depan Mata…”

gempak
15/10/2024
05:25 MYT
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang susulan hujan lebat yang bermula sejak awal pagi ini.
Hiburan

Rujuk Riena Diana Hal Agama, Keith Foo Seronok Bersedekah & Dengar Ceramah Untuk Ilmu Baharu - “Saya Tanya Dia Apa Yang…”

gempak
11/10/2024
21:55 MYT
Pelakon Keith Foo mengakui dia sering mendengar ceramah agama untuk menambahkan ilmu baharu sejak menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Riena Diana.
Unitar