Pelakon Sharifah Sakinah yang sebelum ini sering dikecam gara-gara sering berpakaian seksi, memberitahu akan mula menapis pengikut di laman sosial Instagram (IG)

Sakinah menerusi hantaran di Instagram memuat naik foto menerima permintaan daripada sejumlah pengguna IG untuk menjadi rakan.

Bagaimanapun katanya, dia tidak akan menerima pengikut lelaki kerana sebagai seorang pelatih kecergasan, hantarannya di IG akan mendedahkan aurat untuk mempamerkan otot badan.

Tambah Sakinah lagi, hanya mereka yang ingin belajar sahaja akan diterima dan menasihatkan jika mahu memohon sebagai rakan supaya tidak menghakimi dirinya.

“Saya tapis request ya. Kalau laki (lelaki) saya tak terima. Kerja saya jual badan, nak tunjuk satu persatu otot memang memang kena tunjut aurat.

“Kalau nak request juga don’t judge. Kalau nak ilmu sila follow,” katanya

.Sementara itu di ruangan komen, kakak kepada Sakinah iaitu pelakon Sharifah Shahirah telah bertanya samada laman sosial IG adiknya telah ditukar kepada mod privasi.

“Dah private dah…Ya bagus juga ek..?” komen Shahirah.

Pengikut lain pula rata-ratanya menyokong tindakan Sakinah mengenai individu yang suka menghakimi orang lain.

“Saya follow nak ikut diet dan senaman yang lain-lain saya tak nak judge apa-apa sebab semua dah besar panjang. Itu hak masing-masing sebab ini IG dia, so yang tak suka tu tak payah follow.

“Sejenis tak suka tapi follow sebab nak sakitkan hati orang lain.

“Lemah manusia macam ni, tak suka unfollow je la tak payah komen apa-apa!.

Antara komen yang ditinggalkan netizen.

Sakinah sebelum ini sering dikritik dan dikecam netizen kerana berpakaian seksi. Namun aktres ini tidak pernah melenting sebaliknya hanya bersikap tenang.