Laman Utama
Kes Amang Seksual: Penceramah Bebas Ditahan, Kenal Mangsa Ketika Program Motivasi
Seorang penceramah bebas yang ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal telah berkenalan dengan kesemua pengadu menerusi program motivasi di sekolah sekitar Selangor.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan mendapati suspek berusia 40-an itu melakukan perbuatan tersebut ke atas empat mangsa berumur lingkungan 17 hingga 18 tahun.
"Siasatan awal pihak polis mendapati suspek telah berkenalan dengan kesemua pengadu dalam program motivasi yang diadakan di sekolah sekitar Selangor.
“Hasil perkenalan itu, suspek didakwa telah bertindak melakukan jenayah amang seksual fizikal ke atas semua pengadu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan itu berdasarkan laporan yang diterima pihaknya pada 30 Ogos lepas iaitu dua di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan serta masing-masing satu di IPD Shah Alam dan IPD Kajang.
Sumber – Sinar Harian
Must-Watch Video