gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Lelaki 'Jual' Teman Wanita 17 Kali Demi Biayai Majlis Kahwin
HIBURAN
Justin Timberlake Dedah Hidap Penyakit Lyme, Tetap Teruskan Jelajah Konsert - “Bukan Nak Minta Simpati, Tapi…”
HIBURAN
Selepas 10 Tahun, Che Nom Umum Undur Diri Dari Dunia Influencer - “Nak Deliver Video Bukan Senang…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Kes Buli MRSM: Mangsa Dirawat Di Hospital, Alami Kecederaan Tisu Lembut

Azwa Rahman
Azwa Rahman
12/12/2021
11:27 MYT
Sponsor Banner
Kes Buli MRSM: Mangsa Dirawat Di Hospital, Alami Kecederaan Tisu Lembut
Mangsa buli melibatkan pelajar Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar telah menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa berusia 13 tahun itu menerima rawatan lanjut di sebuah hospital di Selangor.
Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan doktor, mangsa ada mengalami kecederaan tisu lembut dalam badan.
"Keadaannya stabil, namun masih dirawat di hospital untuk pemantauan doktor," katanya ketika dihubungi Sinar Harian. .
Beliau berkata, bapa pelajar berkenaan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Selangor.
"Keterangan mangsa telah diambil untuk membantu polis melengkapkan kertas siasatan kes ini," katanya.
Mior Faridalathrash dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan seramai 10 pelajar lelaki telah dipanggil untuk beri keterangan bagi membantu siasatan kes itu.
Daripada 10 yang dipanggil itu, sembilan pelajar berusia 13 tahun manakala seorang berusia 15 tahun, kesemua mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan.
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Topic Berkaitan
#Kes buli MRSM
#Hospital Ipoh
#Mangsa buli cedera
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement