,
Laman Utama

Kes Bunuh Diri Semakin Meningkat, Jepun Lantik Menteri Kesunyian

Azwa Rahman
18/02/2021
02:29 MYT
Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga melantik Tetsushi Sakamoto untuk menjawat jawatan Menteri Kesunyian.
Hal ini berikutan kes bunuh diri di Jepun semakin meningkat dalam tempoh 11 tahun ini ditambah pula dengan tekanan dan pengasingan diri ketika pandemik melanda.
Untuk menangani masalah berkenaan, Sakamoto akan menyelaras usaha di beberapa kementerian dan agensi bagi mencari penyelesaian masalah itu.
“Golongan wanita lebih mudah rasa terasing yang menyebabkan terdapat peningkatan bunuh diri.
"Saya harap Sakamoto dapat mengenal pasti punca dan mengemukakan strategi yang komprehensif," kata Suga.
Sakamoto dijangka menubuhkan pasukan khas dan akan mengadakan forum dengan kumpulan sokongan dalam bulan ini.
"Saya berharap dapat mula menjalankan aktiviti yang boleh membantu mengelak rasa sunyi dan pengasingan sosial serta menjaga hubungan dalam komuniti," kata Sakamoto yang turut bertanggungjawab menangani penurunan kadar kelahiran di negara matahari terbit itu.
Jepun antara negara dengan kadar bunuh diri tertinggi, iaitu sekitar 14.9 kes bagi setiap 100,000 individu, menurut kajian Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.
Sebilangan besar kes adalah disebabkan masalah kesihatan dan ekonomi, yang kini bertambah buruk dengan pandemik COVID-19 masih berlarutan.
Selain Jepun, negara lain yang diketahui mempunyai jawatan yang hampir serupa ialah Britain.
Selain itu, Kanada, Jerman dan Australia antara negara yang sedang dalam pertimbangan untuk mewujudkan jawatan yang sama.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Dapat Sambutan Hebat Dari Indonesia - "Pemainnya Fresh, Musiknya Keren"

gempak
13/10/2024
08:59 MYT
Selepas enam episod bersiaran di saluran Astro Ria, platform Astro Go dan sooka, drama adaptasi Jepun, Kelas Tahanan Cikgu Hiragi turut menambat hati penonton dari negara jiran, Indonesia.
Hiburan

13 Tahun Tanpa Album, Zee Avi Tampilkan Band Baharu! 'Oyasumi Na Sayang' Lagu Bersama Karyawan Jepun

gempak
04/10/2024
04:35 MYT
Walaupun sudah 13 tahun tanpa album baru, Zee Avi kini sedang mempersiapkan album ketiganya.
Hiburan

“Bila Anak Saya Buat Hal, Mereka Sergah..” - Hunny Madu Kecewa Masyarakat Jepun Kurang Kesedaran Tentang Autisme

gempak
03/10/2024
23:55 MYT
Penyanyi dan pengacara, Hunny Madu meluahkan rasa terkilan dengan bentuk layanan segelintir masyarakat Jepun  terhadap anaknya yang juga pengidap autistik, Adam Musa sewaktu bercuti di negara berkenaan.
Berita

Gunakan Kamera Tersembunyi Untuk Merakam, Lebih 1,000 Wanita Jadi Mangsa 'Skodeng' Lelaki Gatal Di Mata Air Panas

gempak
14/09/2024
12:55 MYT
Lelaki yang berusia 31 tahun itu dipercayai telah menggunakan kamera yang disembunyikan dalam batu tiruan yang diletakkan berhampiran dengan mata air panas  tersebut.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
BorakSeeni