Laman Utama

Kes Cacar Monyet Membimbangkan, New York Isytihar Darurat

Gempak
01/08/2022
10:53 MYT
Pihak berkuasa di New York City pada Sabtu mengisytiharkan darurat ekoran peningkatan kes cacar monyet, lapor Agensi Anadolu (AA).
Datuk Bandar New York City Eric Adams dan Pesuruhjaya Kesihatan Ashwin Vasan dalam satu kenyataan bersama berkata seramai 150,000 penduduk bandar mungkin berisiko dijangkiti.
"Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi di peringkat persekutuan untuk mendapatkan lebih banyak dos vaksin sebaik sahaja ia tersedia kelak," menurut kenyataan itu.
Langkah itu diambil beberapa hari selepas New York dan San Francisco turut mengisytiharkan darurat.
"Saya mengisytiharkan darurat untuk mengukuhkan langkah pencegahan menghadapi wabak cacar monyet," ciap Gabenor New York Kathy Hochul di Twitter pada Jumaat.
Sementara itu kes di bandar raya San Francisco di California telah meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh seminggu mencecah 261 kes.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada minggu lalu mengisytiharkan kecemasan kesihatan global susulan penularan wabak cacar monyet.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pintu Tandas Pesawat Cathay Pacific Tertanggal Ketika Dalam Perjalanan Ke New York

gempak
18/07/2024
07:05 MYT
Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific Airways telah melancarkan siasatan susulan insiden pintu tandas yang tertanggal ketika dalam perjalanan ke New York pada Isnin.
Hiburan

Nurul Shuhada Tarik Balik Kes Dipukul Hafidz Roshdi

gempak
12/07/2024
04:25 MYT
Bekas isteri kepada aktor sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada menarik balik kes dakwaan dicederakan oleh aktor itu pada tahun lalu.
Berita

Kes 'Influencer' Maut, Wanita Tempatan Ditahan

gempak
08/07/2024
10:25 MYT
Seorang wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berkaitan ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap seorang pempengaruh media sosial.
Viral

Kes Dera Anjing, Pendera Rupa-Rupanya Figura Terkenal, Penyelamat Pula Dituduh Menculik? - "Padahal Dia Yang Rela ..."

gempak
03/07/2024
09:25 MYT
Penyelamat bebas yang dikenali sebagai Shima Aris mengesahkan anjing baka Husky yang telah dipukul oleh pemiliknya yang juga didakwa merupakan seorang figura terkenal dalam bidang sukan sudah selamat ditempatkan di klinik haiwan.
Berita

Singapura Atasi London, New York Dalam Ranking 10 Bandar Raya Termahal Di Dunia, Semak Carta Penuh!

gempak
17/06/2024
13:42 MYT
Singapura telah mengatasi London, New York dan Zurich dalam 10 bandar paling mahal di dunia untuk pekerja ekspatriat berdasarkan indeks global.