Penyanyi Zizi Kirana meluahkan rasa bimbang dengan keselamatan ahli keluarganya yang berada di Sabah berikutan keadaan penularan Covid-19 yang semakin meruncing.
Menurut Zizi, paling dirisaukan adalah keadaan datuknya, Hashim yang kini tinggal di Semporna, Sabah.
"Saya cukup risau dengan atuk saya di Semporna kerana risiko warga emas itu lebih tinggi untuk jangkitan. Umurnya sudah lebih 80 tahun. Dia tak faham dengan keadaan yang berlaku sekarang, lagipun dirinya sudah nyanyuk.
"Jangan dia minta nak kedai kopi sudahlah. Bukan apa, atuk saya itu sudahlah suka berjalan keluar seorang diri, gigih jalan pakai tongkat untuk duduk di kedai kopi berdekatan rumah setiap pagi," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Bagaimanapun, menurut Zizi, dia bersyukur kerana datuknya itu tidak tinggal seorang diri.
"Dia duduk dengan ibu saudara saya. Memang kena jaga betul-betul, kena kunci pintu.
"Orang yang sudah tua kadang-kadang kerenahnya seperti kanak-kanak. Dia pernah kata, kalau duduk di rumah sahaja nanti lagi buat dia sakit," ceritanya.
Begitupun, menurut Zizi, keluarganya juga sebolehnya hanya keluar dari rumah sekiranya terdapat keperluan penting sahaja.
"Nak beli susu atau ubat-ubatan atuk, barulah mereka akan keluar. Kalau tidak, hanya berkurung di rumah," katanya.
Menurut Zizi kali terakhir dia pulang ke Sabah sebelum pelaksanaan Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.
"Kalau keluarga saya di Kota Kinabalu, semuanya okay. Nasib saya sudah balik berjumpa mereka sebelum pilihan raya haritu.
"Cuma saya kasihan dengan adik lelaki saya yang mengadu pening kepala bila kena tutup kedai gunting rambut. Pening fikir nak bayar gaji pekerja," katanya.
Sabah kini menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat selama dua minggu sehingga 26 Oktober depan.
Sehingga kini Sabah mencatatkan antara negeri yang merekodkan jumlah penularan kes Covid-19 yang tinggi sehingga mencecah tiga digit setiap hari.
ZULHILMI JALIL
Wed Oct 14 2020
Selepas Tular Video Minta Job, Datuk Red Kini Jadi ‘Model’ Baju Raya Jakel!
Usahawan kontroversi, Datuk Red berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila dipilih menjadi model baju raya bagi jenama tekstil popular, Jakel.
Ruhainies & Aliff Aziz Dirakam Berada Di Lapangan Terbang
Selepas beberapa ketika mendiamkan diri susulan kes tangkap khalwat, pelakon Ruhaines dilihat sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) bersama penyanyi dan dramatis Aliff Aziz.
“Bahagianya Dapat Jiran Macam Ni” - Penduduk Berbilang Kaum Turut Sama Join Vibe Raya, Siap Tolong Pasang Hiasan
Best dapat jiran sporting macam ni kan.
Abang Tesla Mahu Bantu Datuk Red Bina Perniagaan & Langsaikan Hutang - “Saya Terpanggil…”
Abang Tesla nak bantu Datuk Red.
PM Anwar Beri Bayangan Tiada 'Cuti Tambahan' Sempena Sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri memberi bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan.
Datin Patimah Akui Kembali Gembira Tahun Ini - “Alhamdulillah, Saya Lebih Sihat…”
Isteri kepada pengarah Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mengakui kesihatannya bertambah baik sepanjang melalui bulan Ramadan pada tahun ini.
Farez Adnan Nafi Ciplak Lagu Raya Aliff Syukri – “Saya Bayar Lebih Daripada Datuk”
Kecoh baru-baru ini mengenai kes lagu raya usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa telah diciplak oleh penyanyi dan komposer lain.
Aliff Syukri Tak Puas Hati Penyanyi Lain Ciplak Lagu Raya? – “Orang Tetap Nak Dengar Suara Saya”
Usahawan sensasi, Dato Aliff Syukri meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa seorang penyanyi lain telah mencuri lagu raya nya yang berjudul Chu Ku Chuk Raya.
Firdaus Wong Lapor Polis Ugutan Bunuh, Pukul & Fitnah
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.
Muat Naik Gambar Di Gunung Kinabalu, Instagram Lee Min Ki Dibanjiri Komen Peminat Tempatan
Pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ki mengejut peminat apabila memuat naik beberapa keping gambar ketika berada di Gunung Kinabalu, Sabah.