,
Laman Utama

Kes COVID-19 Lebih 12,000, KKM Saran Ambil Dos Penggalak Ketiga

Gempak
15/12/2023
04:51 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.

BERITA TRENDING: Hati-Hati, KKM Jangka Kes COVID 19 Naik Pada Cuti Krismas

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata bekalan vaksin masih mencukupi dan belum mencapai tarikh luput selain ia berkesan melindungi orang ramai daripada jangkitan mutasi dan strain baharu COVID-19 untuk pelaksanaan dos penggalak ketiga.
"Dos penggalak perlu untuk melindungi kumpulan rentan termasuk warga emas dan golongan komorbid yang mudah terdedah kepada risiko dan kesan memudaratkan.
Kita (KKM) sedar ada sedikit peningkatan kes (COVID-19) dan mutakhir adalah dalam lebih 12,000. Saya telah memberitahu Kabinet semalam untuk maklum kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dah ahli (Kabinet) akan situasi ini dan wajar kita berikan perhatian,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan KKM di sini hari ini.
Semalam, kes COVID-19 dalam negara dilaporkan meningkat kepada 12,757 kes pada Minggu Epidemiologi ke-49 iaitu dari 3 hingga 9 Dis lepas berbanding 6,796 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

BERITA TRENDING: Che Ta Dijangkiti Covid-19, Terbantut Hasrat Sambut Anniversary Ke-10! - "Persiapan Dah Siap,…

Kadar kemasukan pesakit COVID-19 termasuk pesakit yang disyaki COVID-19 ke fasiliti kesihatan meningkat 1.4 peratus berbanding minggu sebelumnya serta pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) juga meningkat 1.4 peratus.
Beliau berkata peningkatan itu terkait dengan pergerakan orang merentas negeri menjelang cuti akhir tahun tanpa memakai pelitup muka dan keadaan cuaca.
"Adalah wajar diberi perhatian dan dalam keadaan sesak sebaiknya gunakan pelitup muka dan juga bagi individu bergejala, supaya dapat selamatkan orang lain dengan pelitup muka," katanya.
Ditanya keperluan saringan ketat di pintu masuk negara, Dzulkefly berkata langkah intervensi dan mitigasi yang sesuai akan diambil segera sekiranya diperlukan.
"Semua ini kriteria yang jelas andai keperluan itu timbul, kita dengan segera akan mengambil langkah intervensi dan mitigasi yang lebih sesuai. Kita tidak mahu terlalu cemas, tapi kita juga tidak ambil mudah,” katanya. -BERNAMA-
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kes Rogol: "Tindakan Da'i Syed Tidak Dapat Diterima Akal" - Hakim

gempak
30/08/2024
11:25 MYT
Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Jumaat memutuskan bahawa, tindakan Da'i Syed sebagai seorang pendakwah, merogol seorang wanita berusia 23 tahun, merupakan suatu yang tidak dapat diterima akal secara munasabah.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

Polis Rakam Keterangan 8 Individu Kes Kematian Nidza Afham

gempak
17/08/2024
07:55 MYT
Polis merakam keterangan lapan individu susulan kes melibatkan kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, yang mayatnya ditemukan di Sungai Klang, pada Khamis.
Berita

KKM Nafi Remaja Ceroboh Hospital Lakukan Prosedur Merawat Pesakit - “Dia Tak Punyai Kemahiran & Penyamar Itu Memang…”

gempak
15/08/2024
04:51 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan remaja 14 tahun yang menceroboh Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, baru-baru ini melakukan prosedur kepada pesakit ketika penyamaran.
Berita

Aset Atau Hamba? Doktor KKM Kecewa Dipaksa Bekerja Ketika Anak Sakit - “Saya Dah Penat Dengan Sistem Ini!”

gempak
12/08/2024
15:14 MYT
"Saya dah penat dengan sistem di KKM,” Itu luahan seorang doktor wanita yang berkhidmat di sebuah hospital kerajaan di Kuching yang melahirkan rasa kecewa terhadap sistem kebajikan para petugas kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).