Laman Utama
Kes Harian COVID-19 Turun Ke Angka 3,504, Netizen Lahir Rasa Bersyukur
Kes harian negara menunjukkan penurunan dengan 3,504 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 2,695,143.
Menerusi kemas kini yang dikongsikan di laman Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW:https://covidnow.moh.gov.my . Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” tulisnya.
Rata-rata pengguna laman sosial menarik nafas legas melihat penurunan angka kes sejak kebelakangan ini.
“Syukur. Alhamdulillah. Dua hari berturut-turut, angka kes harian baharu COVID-19 dalam lingkungan 3,000. Hari ini 3,504 kes; semalam Ahad, 3490 kes. #kitapastimenangjuaPerangCOVID-19 ini. Insya-Allah,” tulis seorang pengguna Facebook.
“Syukur kes harini masih bawah 4000. Harap kes boleh kekal bawah 5000 selama minggu ini. Dengan ini, kes purata seminggu terus menurun kepada 4,587 kes daripada 4,695 kes semalam.
“Ini merupakan bilangan kes purata seminggu terendah sejak 18 Mei!” kongsi seorang netizen.
“Hari kedua bawah 4,000 kes baru harap ia akan turun dan terus turun,” harap seorang lagi wagamaya.
Foto oleh Martin Sanchez (Unsplash)
Must-Watch Video