Gaya Hidup
Kes Kecurian RM200,000, Polis Dedah Bekas Suami A. Aida Suspek Utama
Jumaat lalu, satu laporan polis telah dibuat oleh pelakon dan penerbit Datuk A Aida mendedahkan mengalami kehilangan ratusan ribu ringgit akibat kes kecurian.
Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai kes berkenaan sama ada melibatkan bekas suaminya, pelakon Arif Aziz, 30, A Aida enggan memberikan sebarang komen.
Namun semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya mendedahkan pihak mereka telah berjaya menjejaki suspuk utama dan individu berkenaan merupakan Ariff Aziz.
Menurut Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff suspek ditahan Selasa lalu bagi mengambil keterangan.
"Kami merampas telefon bimbit suspek untuk mendapatkan maklumat seterusnya berkaitan transaksi dibuat.
"Bagaimanapun pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut mengenainya. Kami memerlukan sedikit masa untuk melengkapkan kertas siasatan.
"Selepas itu terpulang pada pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) untuk tindakan susulan," katanya.
Untuk makluman, A Aida bercerai talak satu pada 25 April lalu selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ariff Aziz.
A Aida sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng pada 1994, tetapi bercerai pada 2003.
Dia seterusnya mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada 2007, namun berpisah pada 2013.
Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan seorang anggota polis, namun butiran mengenai perkahwinan keduanya itu tidak dijelaskan.
Sumber: Mstar
Must-Watch Video