Baru-baru ini tular berkaitan dua daripada tiga orang pelancong Malaysia ditolak daripada memasuki negara Korea Selatan.

Perkara itu meraih perhatian netizen di mana ada sebahagian berpendapat bahawa perkara itu berlaku kerana tindakan segelintir pelancong Malaysia yang menyalahguna pas pelancongan untuk bekerja secara haram di negara itu.

BERITA TRENDING: #TRAVELMANA: Jom Mabuk Lampu Di Melaka! Layan 1.4 Juta LED Di Pesta Lampu Terbesar Malaysia

"Berpunca daripada rakyat Malaysia sendiri yang masuk negara orang dengan menggunakan pas pelancongan dan bekerja secara haram sebagai pemetik sayur dan buah.

"Sama macam kes Australia. Lepas tu, dengan bangga pos dekat media sosial mereka," tulis seorang netizen.
Kenyataan itu mendapat reaksi bercampur baur oleh wargamaya lain yang memberi pendapat berkaitan isu tersebut.

Antara komen yang diterima:

"Banyak kes orang kita masuk kerja cara haram, macam Australia. Memang imigresen mereka ketat,"

"Negara racist macam tu jugak nak pergi,"

"Baguslah kawalan ketat, takde penuh warga asing macam kita."

Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih lebih satu juta tontonan dan hampir 7,000 tanda suka di Platform X.