Hiburan

Sudah Kahwin, Peminat Terkejut Adipati Dolken Tinggal Serumah Dengan Kawan

gempak
Maliah Surip
28/04/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
Sudah Kahwin, Peminat Terkejut Adipati Dolken Tinggal Serumah Dengan Kawan
Pelakon Adipati Dolken mendapat kritikan daripada pengguna media sosial dan peminat selepas mengaku membenarkan dua sahabatnya tingga bersama meski dia sudah berkahwin.
Ramai yang menyifatkan tindakan Adipati tinggal sebumbung dengan sahabat lelaki sebagai tidak biasa dan melanggar privasi orang yang sudah berkahwin.

Selesa

Namun bintang filem Why Do You Love Me yang berkahwin dengan Canti Tachril pada tahun 2020 itu selesa dengan keputusan yang diambil.
Setelah empat tahun menikah, pasangan tersebut duduk sebumbung dengan dua sahabat baik Adipati iaitu Mocil dan Rangga.
Meski isterinya sempat berasa kurang selesa pada awal pernikahan kerana ada orang asing tinggal serumah, Canti pada akhirnya kini sudah terbiasa.

Mocil, Rangga

“Dulu sebelum berkahwin saya tinggal satu bilik dengan Mocil dan Rangga.
“Selepas berkahwin saya masih mahu mereka tinggal bersama kerana telah biasa.
“Jadi saya punya rezeki buat rumah. Saya sediakan bilik untuk Mocil dan Rangga.
“Tingkat satu rumah saya untuk semua orang atau ruang keluarga. Tingkat dua bilik Mocil dan Rangga sementara saya dan Canti bilik di tingkat tiga,” katanya sewaktu menjadi tetamu dalam podcast Kemal Palevi, seperti dilaporkan Insertlive.
Menurut Adipati lagi, dua sahabat lelakinya itu akan menemani isterinya saat dia perlu menjalani penggambaran di luar Jakarta.

ARTIKEL BERKAITAN: Adipati Dolken dan Canti Tachril Gelar Pengajian dan Siraman Jelang Pernikahan

ARTIKEL BERKAITAN: Kabar Duka, Ayahanda Adipati Dolken Meninggal Dunia

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live