Penyanyi Siti Nordiana menyatakan bahawa dirinya telah melupakan isu saman terhadap lima sekawan yang telah selesai baru-baru ini.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra dikenali sebagai Nana menyifatkan dirinya sudah ‘move on’ dari kes tersebut dan hanya mahu fokus terhadap karier nyanyiannya.

BERITA TRENDING:Siti Nordiana & 5 Sekawan Bermaafan, Setuju Selesai Kes Saman RM2.5 Juta

“Alhamdulillah, semuanya dah selesai, semuanya dipermudahkan, dan kami pun dah boleh move on teruskan hidup.

“Nana akan teruskan karier Nana demi peminat-peminat, jadi apa yang berlaku tu semua dah selesai,” katanya.

Nana ketika ditemui selepas konsert akhir All Stars Gegar Vaganza turut menerangkan bahawa dirinya berasa lega selepas kes berkenaan diselesaikan dengan cara baik dan mahu menjadi lebih positif tentang kemelut yang dihadapinya itu.

“Bila kita nak kedepan, so bila memaafkan dan bermaaf-maafan itu adalah satu benda yang sangat baik dalam Islam, kita teruskan hidup kita dan untuk Nana sendiri Nana lebih positiflah pasal isu ni," jelasnya.

Sekadar info, Siti Nordiana sebelum ini memfailkan saman terhadap lima sekawan iaitu Lan Solo, Zuraidah Badron (isteri Lan), PR FMC dan jurumekap artis kerana menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya menerusi siaran langsung di Instagram.