Drama

Kesedihan Yang Pasti Berkesudahan, Drama Takdir Itu Milik Aku Ajar Erti Kesyukuran Dalam Bulan Ramadan

gempak
Firdaus
26/03/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
Kesedihan Yang Pasti Berkesudahan, Drama Takdir Itu Milik Aku Ajar Erti Kesyukuran Dalam Bulan Ramadan
Bulan Ramadan mengajar kita erti bersederhana di samping bersyukur dengan nikmat yang diberikan.
Berikutlah yang dipaparkan menerusi satu babak drama Takdir Itu Milik Aku yang menyentuh hati penonton apabila watak Dian terpaksa melalui pelbagai cabaran apabila dirinya sesat setelah ditinggalkan oleh suaminya, Zarif, di sebuah hentian bas.
Oleh kerana tiada hala tuju, Dian mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah masjid untuk berbuka puasa. Bagaimanapun, nasib malang Dian berterusan apabila makanan yang dibungkusnya iaitu nasi dan kicap untuk berbuka puasa tidak boleh dimakan.
Melihat kepada keadaannya itu, Pak Bakar, seorang ahli masjid yang murah hati membelikan Dian sebungkus Nasi Briyani membuatkan dirinya tidak boleh menahan sebak atas bantuan yang diberikan.
Walaupun dalam keadaan menangis teresak-esak, Dian memanjatkan rasa syukur setelah sekian lama tidak menjamu makanan yang sedap.
@bambamstudiosofficial Kesian Dian.. Bila dapat makan tu dia bersyukur sangat ? #takdiritumilikaku #foryoupage #dramamelayu #sembangentertainment #viral #fyp ♬ Instrumen Sholawat Sedih - Yuda pratama
Sinopsis Takdir Itu Milik Aku
Dian, seorang gadis muda yang terpinggir, merasakan kehidupannya diceroboh oleh kekejaman emak saudaranya, Kamsiah. Impiannya untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi musnah ditengah jalan apabila dia dipaksa menjadi orang gaji.
Namun, takdir membawa dia bertemu dengan Zarif Adha, cucu majikan yang berpura-pura baik. Janji-janji manisnya hanya satu dusta semata-mata.
Zarif Adha, yang hidup dalam kemewahan dan keangkuhan, tidak teragak-agak mempermainkan Dian untuk kepentingan dirinya sendiri. Datin Munirah, pula, dengan ketamakannya, mengorbankan Dian demi memenuhi hasratnya untuk menguasai harta keluarga.
Pertanyaan yang menggantung: Adakah Dian terus menderita atau mampukah dia berdiri tegak menentukan takdirnya sendiri?
Saksikan drama adaptasi novel Takdir Itu Milik Aku karya Siti Rosmizah bersiaran mulai 26 Februari 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria atau strim melalui Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live