,
Laman Utama

“Kesianlah Dekat Yang Patuh SOP Ni… Please Lockdown” – Rakyat Luah Rasa Risau, Ini Dia Pecahan Kes COVID-19 Baharu

Mya Amri
27/09/2020
22:45 MYT
Pertambahan sebanyak 150 kes baharu COVID-19 yang direkodkan semalam (Ahad, 27 September 2020) semakin menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia.
Menerusi akaun Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan pecahan 150 kes baharu tersebut.
Sebanyak 124 kes dicatat di Sabah, 11 kes di Selangor, enam di Kuala Lumpur dan empat kes di Pahang.
Berikut merupakan pecahan kes yang dimaklumkan KKM
PECAHAN KES BAHARU (150)
KL- 6 2 Kluster Setapak 1 pulang dari kawasan berisiko tinggi 2 import tiba/pulang dari Arab Saudi (1 WN, 1 BWN) 1 import pulang dari India
SELANGOR- 11 8 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi 2 saringan kontak rapat 1 import pulang dari Arab Saudi
SABAH- 124 58 kluster Benteng LD (55 WN, 3 BWN) 20 kluster Bangau-Bangau (12 WN, 8 BWN) 13 kluster Bakau (4 WN, 9 BWN) 10 kluster Pulau (9 WN, 1 BWN) 8 Kluster Kg. Sakong 3 kluster Buang Sayang 8 saringan bergejala 1 BWN kes ILI 1 saringan komuniti 1 saringan kontak rapat 1 saringan sebelum pulang ke Sarawak
JOHOR- 2 2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
SARAWAK- 2 2 saringan pekerja
PAHANG- 4 1 saringan kontak rapat 3 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
MELAKA- 1 1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
PECAHAN KES BAHARU (150) KL-6 2 Kluster Setapak 1 pulang dari kawasan berisiko tinggi 2 import tiba/pulang dari Arab...Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Sunday, 27 September 2020
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Facebook meluahkan rasa risau dengan jumlah kes yang naik secara mendadak dan mencadangkan untuk kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hanya di kawasan yang berisiko tinggi.
Malah topik itu juga menjadi perbincangan hangat di ruangan komen posting KKM itu sebaik sahaja pecahan baharu itu diumumkan.
“Dah tak takut ke dengan Covid-19? Rugi lah orang yang patuh SOP semua sia-sia sahaja,” luah @Parvien Sarawanan.
“PKPD untuk kawasan yang ada kes tolonglah... Satu kes pun terus on PKPD,” komen @Joe Mocha.
“Kecewalah... Ikut SOP bagai, akhirnya jadi macam ni...” tulis @Eqien Ashikin kecewa.
Dalam perkembangan terbaharu, menurut laporan Awani kerajaan juga telah memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau.
Kredit Grafik: Desk of The Director General Health of Malaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.