“Kesihatan Mental Kena Jaga…” - Nadia Brian Doakan Urusan Puteri Sarah & Syamsul Yusof Dimudahkan
Sebagai rakan baik kepada Puteri Sarah, pelakon Nadia Brian akui sedih dengan nasib yang menimpa aktres berkenaan susulan krisis rumah tangganya yang sedang bergolak ketika ini.
Enggan mencampuri urusan Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof, Nadia berkata dia hanya mendoakan yang terbaik buat kedua mereka selain mengharapkan masalah yang berlaku dapat diselesaikan secara baik.
Malah, Nadia turut menasihati Puteri Sarah dan Syamsul agar sentiasa menjaga kondisi mental mereka.
“Saya taknak masuk campur hal rumah tangga dia. Cumanya sebagai kawan saya terasa sedih juga, malah semua orang yang bersama Sarah turut bersedih.
“Tidak menyokong mana-mana pihak, saya harap Sarah dan Syamsul dapat uruskan dengan baik dan dipermudahkan segala proses mereka berdua.
“Walaupun berlaku keadaan begini, kesihatan mental perlu di jaga oleh Sarah mahupun pihak Syamsul. Itu adalah yang lebih penting,” kongsinya kepada Gempak.
Nadia berkongsi mengenai perkara tersebut ketika ditemui pada malam gala tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Eva yang bertempat di Dadi Cinema, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, ditanya adakah dirinya berasa takut untuk berkahwin selepas melihat polemik rumah tangga Puteri Sarah, Nadia menjelaskan perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi gangguan emosi sehingga berasa khuatir untuk mendirikan rumah tangga.
“Setiap manusia ada ujian dan jalan cerita masing-masing, orang lain yang lihat boleh ambil contoh yang elok dan yang tak baik jadikan teladan.
“Kalau mengenai isu takut untuk berkahwin itu tidak sama sekali pada saya. Kerana untuk saya tidak boleh terlalu terikut sangat emosi bila lihat kejadian yang menimpa orang lain,” tambahnya.
Terdahulu, Puteri Sarah nekad memfailkan tuntutan cerai susulan krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik. Puteri Sarah juga dilaporkan enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand, baru-baru ini.
Puteri Sarah dan Svamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Selain Nadia Brian, Eva turut dibintangi pelakon tanah air seperti Nadia Aqilah, Shamsul Danish, Ako Mustapha, Shaiza Ruzaini, Tony Yusoff dan ramai lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.