Posting terbaharu di Instagram (IG) vokalis kumpulan Umbrella, Zarul Husin menjadi bualan peminat apabila bentuk badannya kini kelihatan sedikit berbeza daripada sebelum ini.

Menerusi entri di IG, Zarul berkongsi gambar terbaharunya dengan bentuk badan yang semakin 'sado'.

"Buat kerja-kerja manitenance skit," tulis Zarul ringkas sebagai kapsyen.

Menjengah ruang komen, rata-rata pengikut di IG Zarul terpegun dengan perbezaan susuk tubuh penyanyi dan juga pelakon itu.

Tidak kurang juga mahukan Zarul berkongsi tips senaman dilakukan.

Anda boleh lihat antara komen yang ditinggalkan oleh netizen.

"Makin Sado my friend," kata peminatnya.

"Wow makin sado bossku," kata pengikut di Instagram.

"Ketat sangat lengan tu bro," kata seorang lagi.

Untuk rekod, Zarul terlebih dahulu menempa nama sebagai vokalis kumpulan Umbrella.

Nama Zarul kembali menjadi sebutan apabila muncul sebagai pemenang tempat ketiga dalam rancangan Gegar Vaganza 2016 terbitan Astro.

Buat kerja2 manitenance skit

A post shared by Zarul Umbrella (@zarulumbrella) on