,
Laman Utama

“Ketika Itu, Suara Saya Pun Belum Pecah” - Noah Schnapp Seronok Membesar Dengan Stranger Things

Izwan Isa
24/05/2022
13:50 MYT
Sejak diterbitkan pada 2016, siri original Netflix, Stranger Things mendapat sambutan yang luar biasa dalam kalangan penonton.
Selain jalan cerita dan plot yang menarik, lakonan mantap barisan pelakonnya turut menjadi salah satu sebab mengapa siri ini menjadi antara naskhah yang paling dinanti-nantikan di platform penstriman popular berkenaan.
Mengimbau kembali ketika mula-mula melibatkan diri dengan Stranger Things, pelakon utama, Noah Schnapp berkata, dia berasa agak ‘gila’ apabila mengenangkan penglibatannya dengan siri berkenaan sejak musim pertama.
“Bila kenang kembali saat saya mula-mula menyertai Stranger Things, memang agak gila. “Umur saya sekitar 10 tahun dan ketika itu, suara saya pun belum pecah. Sekarang usia sudah nak masuk 18.
“Jujurnya, saya membesar dengan siri ini,” kata Noah kepada Gempak ketika ditemu bual pada junket virtual Stranger Things anjuran Netflix baru-baru ini.
Noah yang membawakan watak Will Byers dan kini kembali menerusi Stranger Things musim keempat menambah, penglibatannya dengan Stranger Things merupakan satu hal yang sangat istimewa dan tidak mampu untuk ditukar ganti dengan hal yang lain.
“Bila saya berlakon dalam Stranger Things ini, saya sudah menjadi sebahagian dengan siri ini. Ia bakal menjadi satu hal yang sangat istimewa sebab saya dapat tengok perkembangan saya sepanjang empat musim sepanjang hidup saya.
“Sungguh, saya tidak akan gantikan pengalaman ini dengan benda lain,” katanya lagi.
Musim keempat Stranger Things bermula enam bulan sejak berlakunya Battle of Starcourt, yang menyebabkan berlakunya kemusnahan di bandar Hawkins.
Dalam keadaan masing-masing yang masih terkesan dengan kejadian berkenaan, muncul pula ancaman mistik baharu yang jika diselesaikan, mungkin akan meletakkan pengakhiran mistik di Upside Down. Stranger Things musim keempat kini sudah boleh distrim di Netflix.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Giliran Aliff Aziz Pula Ajak ‘Followers’ Selawat 1,000 Kali Sehari - “Jangan Rasa Perlu Tunggu Jadi Orang Baik Untuk…”

gempak
23/11/2024
00:55 MYT
Selepas pelakon Ruhainies, kali ini giliran penyanyi Aliff Aziz pula mengajak pengikutnya di laman sosial untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Hiburan

Abby Abadi Terkenang Momen Lucu Awal Perkahwinan, Rasa Pelik Dipanggil Kak Long - “Kita Anak Bongsu, Rupanya Suami Anak Sulung Wak!”

gempak
22/11/2024
23:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi mengimbas kembali kenangan diawal perkahwinan bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Bila Rasa Menjadi Kuasa! Makania Musim 2 Lebih Lazat, Lebih pedas

gempak
22/11/2024
21:06 MYT
Pengembaraan animasi tempatan yang berkisar tentang dunia masakan dan hubungan kekeluargaan iaitu Makania kini kembali dengan musim kedua.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar