YouTuber Atta Halilintar memang diketahui kerap mengisi konten saluran YouTubenya dengan pelbagai aksi.

Terkini, aksi lelaki berusia 26 tahun itu mendapat perhatian dan pujian netizen. Hal ini kerana suami Aurel Hermansyah itu dilihat membantu jiran tetangganya dengan cara tak biasa.

Atta menerusi saluran YouTubenya dilihat telah meninggalkan sejumlah wang yang tak dinyatakan nilai di hadapan kediaman jirannya di kawasan Pondok Pinang yang disifatkan diperlukan selepas impak pandemik COVID 19.

Apa lagi saat ini kerajaan Indonesia sedang berada dalam fasa Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM).

Kegiatan yang dijalankan pada malam Jumaat lalu itu dimulai dengan Atta mengeluarkan sejumlah wang dari mesin ATM.

Dia kemudian dilihat pergi ke kawasan kejiranannya dan mengetuk sekitar 20 buah pintu rumah sebelum meninggalkan sejumlah wang buat mereka.

"Semakin teruk keadaan rumahnya, semakin banyak wang yang kita beri," jelas menantu Krisdayanti itu.

Menurut Atta lagi, dia sengaja melakukan kegiatan tersebut pada malam hari kerana tidak mahu menarik perhatian terlampau banyak warga setempat.

Hal itu lantaran misi bantuan yang diberinya pada kali ini digelar sebagai satu untuk 10 orang. Jadi dia berharap dengan gerakan yang dimulakannya, akan ada orang lain di negara tersebut yang ikut melakukan hal yang sama.

Dia juga berkata misalnya jika 50 juta orang Indonesia dengan rezeki berlebih boleh membantu sekurang kurangnya 10 orang saja, maka sudah 500 juta orang yang dapat dibantu selama masa PPKM.

"Untuk kamu yang punya kelebihan rezeki, mungkin boleh cakap PPKM hanya sebentar. Tapi buat mereka yang mencari wang untuk makan sehari hari, ngeri bro," ujar Atta.

Sementara itu, Insertlive melaporkan Atta berkata dia sengaja memberikan wang dari tangannya sendiri, berbanding mengunakan orang tengah dalam menyalurkan sumbangan.

"Sebenarnya saya tak punya apa apa maksud selain membantu mereka. Sebab itu juga saya menghulurkan bantuan secara terus, tidak menggunakan perantara. Sebab saya mahu bantuan apa lagi dari segi kewangan sampai kepada pihak yang ingin ditolong," katanya.

Instagram: @attahalilintar