Dua masjid suci umat Islam, Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akan dibuka tidak lama lagi sebaik sahaja wabak COVID-19 dapat ditangani.
Menerusi laman sosial Twitter, Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais mengumumkan berita itu pada Rabu.
Menurut Sheikh Abdul Rahman, keadaan dijangka kembali normal di dua masjid suci tidak lama lagi dan ini adalah perkhabaran gembira buat keseluruhan umat Islam.
Menurutnya lagi, dua masjid suci itu akan dibuka untuk tawaf dan solat, serta ziarah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Namun, tegasnya, pihaknya tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan membuka dua masjid tersebut kerana perlu mengambil semua langkah pencegahan yang perlu demi kebaikan umat Islam
"Kami tidak akan tergesa-gesa membuka dua masjid suci itu kerana semua langkah yang diambil adalah untuk kebaikan kita.
"Sekali lagi, kami menyeru semua umat Islam agar terus berdoa semoga pandemik ini selesai, berdoa untuk kebaikan pemimpin kita (Penjaga Dua Masjid Suci) sambil menerima bahawa apa yang dilakukan ini adalah yang terbaik.
"Semoga Allah melindungi mereka," kata Imam Besar Masjidil Haram itu.
Terdahulu, Arab Saudi menggantung sementara solat tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah, serta ibadah umrah bagi mengekang penularan COVID-19.
Sehingga Rabu, Arab Saudi mencatat sebanyak 21,402 kes jangkitan COVID-19 dan 157 kematian.
Sumber: Astro Awani