Skip to main content

Trend Pasaran

Khairul Aming Bawa 100 Staf Staycation Hotel 5 Bintang Pulau Pinang - "Kita Tutup Kilang 5 Hari"

whatsapp-image-2024-09-12-at-7-25-03-pm.jpeg

Pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming menghargai 100 orang kaki tangannya dengan menaja percutian di hotel mewah bertaraf lima bintang selama lima hari di Pulau Pinang.
 
Malah, Aming turut memberikan duit poket untuk dibelanjakan kaki tangannya sepanjang percutian itu.

 
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya, pelbagai aktiviti dilakukan bersama kakitangannya termasuk parasailing, banana boat dan melakukan aktiviti di Escape Park,
 

 
“Semua staf dapat hotel 5 star bilik seaview, duit poket untuk shopping, main escape park, parasailing, banana boat, jetski, explore bandar Georgetown, makan nasi kandar, grand dinner dan macam-macam lagi.

 
"Yang penting semua staf dapat berehat and bercuti dengan gembira,” katanya.

 
Selain itu, Aming turut menghargai kakitangannya menerusi sesi makan malam mewah di hotel tersebut.
 
Sebelum ini, Aming pernah menaja kakitangannya bercuti di Langkawi hasil kejayaan jualan Sambal Nyet di Kelantan.
 
Tindakan murni Aming menyantuni kakitangannya itu mendapat pujian daripada warganet, ada yang sempat berseloroh mahu menjadi sebahagian daripada pasukannya.
 

Must-Watch Video

Advertisement