Tepati ramalan, pempengaruh media sosial, Khairul Aming dinobatkan sebagai pemenang kategori Creator Of The Year, TikTok Awards Malaysia 2023 menewaskan lima calon lain.
Khairul atau nama sebenar, Khairul Amin Kamarulzaman, 31, menewaskan pencabar lain seperti Boss James yang mengendalikan akaun TikTok @bossjames_eo; Lawyer Gandhi (@lawyerghandi); Auntie Purple (@auntiepurple248); Ceddy (@ceddyornot) dan Sally (@sallywhoo).
Khairul menyifatkan kemenangannya itu adalah hasil sokongan daripada keluarga, rakan-rakan pencipta kandungan dan pasukan perniagaannya.
“Terima kasih kepada mak, arwah ayah dan pasukan Sambal Nyet. Kalau ayah dapat tengok saya terima anugerah ini mesti dia berbangga sebab sudah lapan tahun saya bekerja keras,” katanya ketika menerima trofi.
Pada masa sama, Khairul menasihati pencipta kandungan muda untuk tidak mengabaikan pelajaran.
“Kepada anak muda yang menceburi bidang ini, kalau masih bersekolah, habiskan belajar dahulu supaya keluar nanti boleh jadi pencipta kandungan berkualiti.
“Pencipta kandungan ini bukan sekadar tular sahaja, tapi perlu ada adab dan kebolehan menyelesaikan masalah,” katanya.
Sebaik sahaja diumum sebagai pemenang, pempengaruh media sosial kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menerima tepukan dan sorakan gemuruh daripada seluruh penonton.
TikTok Awards Malaysia 2023 disiarkan secara langsung TV3 dan akaun TikTok Malaysia mulai dari Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.
TikTok Awards ialah acara anugerah terbesar anjuran platform media sosial, TikTok untuk memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan luar biasa yang merangkumi pelbagai latar belakang dan bidang.
Mereka mempamerkan kreativiti melalui penghasilan kandungan yang menyeronokkan seterusnya memberikan impak positif kepada segenap lapisan masyarakat.
TikTok Awards Malaysia 2023 turut dimeriahkan dengan beberapa nama besar seperti Datuk Yusof Haslam, Bell Ngasri, Amber Chia, Farah Ann Abdul Hadi dan ramai lagi yang akan menyampaikan trofi.
Penonton juga bakal disajikan dengan persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Zeppo, Dolla, Marsha Milan, Ernie Zakri, Alyph dan ramai lagi.
Malam kemuncak TikTok Awards MY 2023 akan dihoskan Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson.
Syafiqah Jalal
Sun Aug 27 2023
![Khairul Aming Dinobat Sebagai Creator Of The Year Di TikTok Awards Malaysia 2023 Khairul Aming Dinobat Sebagai Creator Of The Year Di TikTok Awards Malaysia 2023](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/khairul-aming-menang-tiktok-awards-2023.jpg?ext=.jpg)
![Netizen Tegur Isteri Kelihatan Berisi, Prince Syed Dedah Orang Rumah Hamil Lagi Netizen Tegur Isteri Kelihatan Berisi, Prince Syed Dedah Orang Rumah Hamil Lagi](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2024/astro-gempak-isteri-prince-syed-mengandung.jpg?ext=.jpg)
Netizen Tegur Isteri Kelihatan Berisi, Prince Syed Dedah Orang Rumah Hamil Lagi
Pempengaruh dan pencipta kandungan Prince Syed mendedahkan yang isterinya, Fatin Syazwani kini sedang berbadan dua.
Kekasih Bagi Semangat, Sky Iskandar Pegang Watak Megat Dalam Kahar Kapla High Council
![Kahar Kapla High Council: Sky Iskandar Jadi Megat, Teman Wanita Antara Pemberi Semangat - “Dia Paling Teruja” Kahar Kapla High Council: Sky Iskandar Jadi Megat, Teman Wanita Antara Pemberi Semangat - “Dia Paling Teruja”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2024/june/18/astrogempak_kahar-kapla-high-council_-sky-iskandar-jadi-megat3-teman-wanita-antara-pemberi-semangat.jpg?ext=.jpg)
Kahar Kapla High Council: Sky Iskandar Jadi Megat, Teman Wanita Antara Pemberi Semangat - “Dia Paling Teruja”
Pelakon, Sky Iskandar, 29, akui teman wanitanya, model dan aktres, Nia Atasha antara yang teruja sebaik sahaja mendapat tahu dipilih membintangi filem Kahar, Kapla High Council.
![Sedih Tengok Keadaan Anak Yana Samsudin, Garu Leher Sampai Berdarah - “Bukan Eczema Tau…” Sedih Tengok Keadaan Anak Yana Samsudin, Garu Leher Sampai Berdarah - “Bukan Eczema Tau…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2024/june/5/astrogempak_sedih-tengok-keadaan-anak-yana-samsudin,-garu-leher-sampai-berdarah.png?ext=.png)
Sedih Tengok Keadaan Anak Yana Samsudin, Garu Leher Sampai Berdarah - “Bukan Eczema Tau…”
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat keadaan bayinya yang mengalami masalah kulit yang teruk sehingga menggaru sampai berdarah.
![Netizen Dakwa ‘Bayang' Tiko Menerusi Cermin Mata Hitam BCL Mirip Arwah Ashraf Sinclair Netizen Dakwa ‘Bayang' Tiko Menerusi Cermin Mata Hitam BCL Mirip Arwah Ashraf Sinclair](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2024/astro-gempak-bayang-cermin-mata-bcl.jpg?ext=.jpg)
Netizen Dakwa ‘Bayang' Tiko Menerusi Cermin Mata Hitam BCL Mirip Arwah Ashraf Sinclair
Perkongsian terkini Bunga Citra Lestari atau BCL di Instagramnya baru-baru ini masih menyorot perhatian netizen.
![Pernah Terjumpa Benda Mistik, Wawa Zainal Kongsi Ada Percubaan Runtuhkan Rumah Tangga? Pernah Terjumpa Benda Mistik, Wawa Zainal Kongsi Ada Percubaan Runtuhkan Rumah Tangga?](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2024/june/18/astro_gempak_wawa_zainal.jpg?ext=.jpg)
Pernah Terjumpa Benda Mistik, Wawa Zainal Kongsi Ada Percubaan Runtuhkan Rumah Tangga?
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal tidak menafikan terdapat beberapa percubaan mengganggu rumah tangganya bersama suami, Aeril Zafrel.
![Budak 3 Tahun Maut Dikelar Bapa Kandung Ketika Tidur Budak 3 Tahun Maut Dikelar Bapa Kandung Ketika Tidur](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2024/astro-gempak-budak-3-tahun-kelar-bapa.jpg?ext=.jpg)
Budak 3 Tahun Maut Dikelar Bapa Kandung Ketika Tidur
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dibunuh bapa kandungnya ketika sedang nyenyak tidur. Mangsa dibunuh suspek berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Agus, di rumah mereka di Kampung Cibarugbug, Desa Citaman, Kecamatan Ciomas, Kabupaten Serang pada Selasa.
![Lelaki Sentuh Punggung Wanita Di Kedai Runcit Didakwa Lelaki Sentuh Punggung Wanita Di Kedai Runcit Didakwa](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2024/astro-gempak-ehailing-didakwa.jpg?ext=.jpg)
Lelaki Sentuh Punggung Wanita Di Kedai Runcit Didakwa
Seorang lelaki yang videonya tular kerana menyentuh punggung seorang wanita di sebuah kedai runcit peralatan pembaikan rumah di Selayang minggu lepas, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu.
![Berlatar Belakang Kisah Cinta Terlarang, Drama Baharu Aliff Aziz & Ruhainies Ditayangkan Jumaat Ini Berlatar Belakang Kisah Cinta Terlarang, Drama Baharu Aliff Aziz & Ruhainies Ditayangkan Jumaat Ini](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2024/astro-gempak-aliff-ruhainies-terjerat.jpg?ext=.jpg)
Berlatar Belakang Kisah Cinta Terlarang, Drama Baharu Aliff Aziz & Ruhainies Ditayangkan Jumaat Ini
Drama gandingan Aliff Aziz dan Ruhainies yang berjudul Terjerat bakal menemui penonton pada Jumaat ini.
![Suami, Isteri Disyaki Dera Anak Angkat Hingga Mati Disambung Reman Suami, Isteri Disyaki Dera Anak Angkat Hingga Mati Disambung Reman](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2024/june/5/astrogempak_suami,-isteri-disyaki-dera-anak-angkat-hingga-mati-disambung-reman.png?ext=.png)
Suami, Isteri Disyaki Dera Anak Angkat Hingga Mati Disambung Reman
Reman pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes dera hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, minggu lalu dilanjutkan selama lima hari.