HIBURAN
Khairul Aming Pun Terjebak! Buat Trend Velocity Versi 'Hey What’s Up Guys', Netizen Usik - “KA Dah Rosak Sebab Anak Murid Ramai Gagal”
Personaliti mesia sosial terkenal, Khairul Aming juga tidak ketinggalan melakukan trend tular di media sosial iaitu tarian Velocity.
Trend velocity versi hey what's up guys
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya. khairul Aming melakukan trend tersebut bersama sahabat baiknya, Azfar Heri.Namun apa yang istimewa adalah lagu velocity itu telah ditukar dengan ayat treadmark Khairul Aming iaitu “Hey what’s up guys”
Hantaran itu telah menarik perhatian netizen dan rata-rata mereka mula mengusik Khairul Aming.
Netizen berkata Khairul Aming berubah menjadi sebegitu disebabkan ramai ‘anak muridnya’ gagal dan tidak lulus ketika mencuba resepi masakannya.
Terdahulu, ramai peminat yang berkongsi pengalaman lucu mereka yang gagal mengikut resepi Khairul Aming sempena 30 hari 30 resepi Ramadan.
Menerusi perkongsian di media sosial, ada yang memuat naik hasil masakan yang jauh berbeza daripada apa yang ditunjukkan oleh Khairul Aming.
Must-Watch Video