Usahawan makanan dan juga pempengaruh media sosial, Kieda Crepe melahirkan rasa syukur apabila suspek kes pecah rumahnya berjaya diberkas oleh pihak polis.

Empat Suspek Ditahan Reman

Menerusi laporan media, empat suspek termasuk dua wanita ditahan reman selama enam hari sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan kes itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat Suspek Termasuk Dua Wanita Pecah Rumah Kieda Crepe Direman

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Kieda Crepe Dipecah Masuk, Barang Kemas Bernilai RM800,000 Lesap

Kieda menerusi perkongsian di laman sosial mendedahkan identiti keempat-empat suspek yang ditangkap itu adalah pasangan suami isteri dan adik-beradik.

Orang Sama Pecah Masuk Rumah Kak KM

Menurut Kieda, suspek juga adalah orang yang sama telah memecah masuk rumah usahawan Liana Rosli atau dikenali sebagai Kak KM, founder produk kosmetik di Kelantan dan seorang lagi usahawan di Rawang.

Bagaimanapun, Kieda menjelaskan dia langsung tidak mengenali suspek dan bukanlah dalam kalangan orang terdekat seperti yang menjadi spekulasi sebelum ini.

“Depa ni duduk di Kuantan tapi buat kerja di Penang. Rupanya depa memang roadtour, bukan roadtour cari duit dengan cara halal, tapi dengan cara haram pecah rumah orang,” katanya.

Dedah Kieda lagi, berdasarkan maklumat daripada pihak D4 dan IPD Kepala Batas, suspek itu tetap aktif melakukan jenayah yang sama biarpun masih berdepan dengan prosiding kes rompakan di rumah Kak KM.

Suspek Masih Lagi Aktif

“Makna kata dalam depa duk bicara kes, yang depa buat salah pecah rumah orang pun depa masih lagi bergiat aktif pecah rumah orang lain (rumah Kieda),” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Kieda turut berharap agar mendapat keadilan selain barang kemasnya dipulangkan semula selepas dilarikan oleh suspek.

Selain itu, suami kepada Kieda iaitu Hilmi Zaki juga mengucapkan terima kasih kepada anggota PDRM yang telah bertungkus lumus menjalankan siasatan.

Terdahulu, Kieda Crepe mendakwa kerugian kira-kira RM800,000 selepas peti besi mengandungi barangan kemas miliknya dilarikan perompak yang memecah masuk rumahnya di Pokok Sena, di sini, pada 25 April lalu.

Kieda mendakwa peti besi yang dilarikan itu seberat 200 kilogram (kg) berisi barang kemas bernilai RM800,000.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Zulkeflee Sulaiman, kesemua suspek terbabit berusia dalam lingkungan 20 hingga 27 tahun dan mereka berjaya ditahan di Jalan Duta, Kuala Lumpur antara pukul 9 hingga 10 pagi pada Khamis.

Menurutnya, polis turut merampas barangan kemas bernilai RM40,000 dipercayai milik usahawan tersebut.

Beliau juga tidak menolak akan ada lagi tangkapan untuk membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kieda Crepe Dikritik Gara-Gara Rekaan T-Shirt Jualannya Mirip Logo Kumpulan NCT Dream?

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Dapat 6A SPM, Kak KM Hadiahkan Kereta Mercedes & Cek RM10,000!

ARTIKEL BERKAITAN: "Sampai Sekarang Tak Boleh Tidur Malam" - Trauma Kena Rompak, Kak KM Takkan Tunjuk Rumah Baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B Beri Nasihat Pentingkan Pelajaran - “Bukan Semua Orang Boleh Jadi Influencer, So Study!”

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM Bersyukur Barang Kemas RM2.1 Juta Yang Hilang Ditemui, Akui Mahu Pindah Ruma

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Sebab Percaya Feng Shui Beri Kekayaan, Kak KM: “Jangan Nak Ajar Orang… Macam Bagus Je Kau”