,
Viral

"Sampai Sekarang Tak Boleh Tidur Malam" - Trauma Kena Rompak, Kak KM Takkan Tunjuk Rumah Baharu

Firdaus
26/03/2024
06:25 MYT
Akui terkesan dengan insiden pecah rumah yang dihadapi baru-baru ini, usahawan sensasi, Liana Rosli, mendedahkan dirinya kini lebih berhati-hati dalam membuat perkongsian di media sosial.
Liana Rosli atau lebih mesra disapa sebagai Kak KM, berkongsi bahawa kejadian tersebut meninggalkan kesan trauma sehingga menyebabkan dirinya mengalami kesukaran untuk tidur.
“Trauma memang trauma, sampai sekarang ni Kak KM tak boleh tidur. Kak KM selalu rasa macam penjahat tu nak datang sedangkan mereka sebenarnya dah dipenjarakan. Tapi memang masih trauma dan Kak KM akan pindah rumah.
“Sebenarnya ini semua pengajaran, semua benda kita nak kena sekat dah lah. Tak boleh tunjuk apa-apa sebenarnya. Yang orang ramai tengok tu sebenarnya bukan konten tapi realiti kehidupan Kak KM.
“Tapi bila kita buat apa-apa semuanya dirakam, jadi nampak perkara tu macam konten, tapi itulah kehidupan sebenarnya. Mungkin lepas ni rumah baru Kak KM tak tunjuk, mungkin setakat tunjuk bahagian dalam rumah sahaja, tapi bahagian luar tak tunjuklah,” katanya.

BERITA TRENDING: Kak KM Bersyukur Barang Kemas RM2.1 Juta Yang Hilang Ditemui, Akui Mahu Pindah Rumah

Sementara itu, Kak KM ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Bersama Artis-Artis Starvendor yang berlangsung di Summit USJ, Subang Jaya, Selangor tidak menjadikan musibah yang berlaku ke atas dirinya sebagai penghalang untuk meraikan Syawal yang bakal tiba.
“Alhamdulillah, Kak KM masih berdiri teguh. Bagi Kak KM musibah atau bala yang Allah bagi dekat kita memang untuk jadikan kita lebih kuat. Kak KM memang tak akan murung, murung sikit-sikit tu biasalah sebab kita manusia.
“Tapi Allah tu dah janjikan dan Dia bagi balik, jadi nak sedih apa lagi. Rompak kena rompaklah kan, baju raya 18 pasang seorang!” selorohnya.

BERITA TRENDING: Dikritik Sebab Percaya Feng Shui Beri Kekayaan, Kak KM: “Jangan Nak Ajar Orang… Macam Bagus Je Kau”

Pada 4 Mac lalu, polis menerima laporan daripada ahli perniagaan itu berhubung satu kejadian pecah rumah di Padang Balang, Sentul membabitkan kerugian berjumlah RM3.5 juta.
Empat suspek warga tempatan kemudiannya ditahan Bahagian D4, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada 5 Mac lalu, sehingga membawa kepada penemuan sebahagian barangan mangsa di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor.
Kesemua suspek yang berusia 22 hingga 36 tahun diserahkan kepada bahagian sama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju. Kesemua suspek direman sembilan hari sejak 16 Mac.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jefri Nichol Dedah Bahagian Tubuh Wanita Yang Buat Dirinya Turn On, Okay Tiduri Kekasih Sebelum Kahwin

gempak
13/11/2024
14:55 MYT
Aktor Jefri Nichol baru menimbulkan sensasi apabila mengaku sudah tidur dengan lebih 20 wanita meski belum pernah berkahwin.
Hollywood

Hugh Jackman Curang Sampai Cerai, Isteri Penulis Skrip Jadi Penyondol

gempak
13/11/2024
13:59 MYT
Aktor berprolifik Hugh Jackman kini menjadi bualan hangat di Hollywood kerana didakwa curang sebelum bercerai dengan isterinya, Deborra-lee Furness.
Viral

Cegah Meniru Waktu Peperiksaan, Murid Pakai Topeng Optimus Prime, Batman

gempak
13/11/2024
11:55 MYT
Gelagat sekumpulan pelajar memakai pelbagai jenis topeng sewaktu menjalani peperiksaan di sebuah sekolah telah mencuri perhatian netizen selepas ia tular di media sosial.
Hiburan

Astro Guna AI Untuk Wujudkan Keterlibatan Positif Di Media Sosial Bersama Pelakon Project; Exit, Mierul Aiman & Shasha Abedul

gempak
13/11/2024
07:58 MYT
Astro mengumumkan inisiatif baharu menggunakan kekuatan Artificial Intelligence (AI) dengan kerjasama pelakon Project; Exit, Mierul Aiman dan Shasha Abedul.
Hiburan

“Takkanlah Tak Nampak Lagi Dia Memang Nak Kau Orang Kutuk Dia” - Michael Ang Minta Jangan Layan Trend Old Money

gempak
13/11/2024
06:55 MYT
Pengarah Michael Ang tampil memberikan pandangan mengenai trend ‘old money’ yang menjadi tular di media sosial.
Unitar