Pelakon terkenal Korea, Kim Woo Bin bakal memulakan penggambaran filem terbarunya pada penghujung Mac ini.

Berita gembira itu diumumkan oleh agensinya, AM Entertainment menerusi satu kenyataan kepada media.

“Kim Woo Bin akan memulakan penggambaran filem, Alien hujung bulan ini. Bagaimanapun, jadual penggambaran berkemunkinan mengikut situasi tertentu,” jelas wakilnya.

Bagaimanapun mengikut laporan media Korea, OSEN, penggambaran filem itu terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu berikutan wabak COVID-19 yang semakin serius.

Penggambaran akan dijalankan antara bulan Mac dan April manakala Woo Bin akan memulakan babaknya pada 28 Mac ini.

Selain Woo Bin, antara pelakon yang membintangi filem tersebut adalah Ryu Jun Yeol, Kim Tae Ri, Jo Woo Jin, Honey Lee, Kim Eui Sung, Yum Jung Ah, dan So Ji Sub.

Terdahulu, Woo Bin mengambil keputusan untuk berehat selepas disahkan menghidap kanser Nasopharyngeal pada Mei 2017 bagi memberi fokus untuk penyembuhan.

Nasopharyngeal merupakan sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak.

Woo Bin bernasib baik kerana kanser tersebut dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU