Laman Utama
King Coco Hampir Pernah Kena 'Spiked' Di Restoran - "Kawan Yang Dah Lama Pun Cuba Nak 'Makan' Kita"
Pempengaruh King Coco mendedahkan dirinya hampir menjadi mangsa kepada kenalannya sendiri dengan cara memasukkan bahan asing berbentuk dadah atau alkohol dalam minumannya.
Kaedah dikenali sebagai spiked drinks itu berlaku kepada Coco ketika berada di sebuah restoran.
"Talks about spiked? Yah, pernah lalui benda ini. Waktu zaman dulu. Ada orang cuba lakukan perbuatan terkutuk ini.
Advertisement
"Letak sesuatu dalam air kita.
"Kepada semua wanita, berhati-hati kalau keluar. Perkara sebegini bukan hanya berlaku di kelab malam sahaja. Kat kedai makan pun jadi.
"Jadi jangan anggap pergi tempat jahat sebab tu kena. Tidak! Pergi mana-mana pun boleh kena!
"Saya kena di restoran! Bukan kelab. Jadi berwaspada, jangan keluar dengan individu tidak dikenali," pesannya.
Tambah Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, 24, lebih mengejutkan individu terbabit merupakan kawan-kawannya sendiri.
"Kadang-kadang kawan yang dah lama pun cuba nak makan kita. Jadi jaga-jaga berkawan biar sedikit. Anda tahu siapa sebenarnya yang toksik!" dedahnya lagi.
Menurut Polis Diraja Malaysia, 'Spiked Drinks' adalah minuman yang dimasukkan bahan seperti dadah atau alkohol tanpa pengetahun pemilik atas tujuan jahat untuk merogol, merompak, menculik, mensabotaj dan untuk tujuan hiburan.
Individu yang meminum spiked drinks mungkin tidak dapat mengawal kelakuannya sendiri, rasa mengantuk, keliru, sangat pening hingga sukar bercakap dan bergerak.
Berikut merupakan langkah untuk mengelakkan diri daripada diracuni dengan minuman terbabit seperti yang disarankan PDRM:
1. Maklumkan lokasi kepada ahli keluarga atau kawan karib dan dengan siapa anda keluar.
2. Pilih minuman bertutup atau dalam tin berbanding minuman dalam gelas yang telah disediakan lebih awal.
3. Tutup permukaan minuman jika mendapat minuman dalam gelas dengan tapak tangan ketika anda leka berbual atau sebagainya.
4. Awasi minuman setiap masa dan jangan biarkan minuman ditinggalkan begitu saja pada bila-bila masa sekali pun. Minta minuman baharu sekiranya ragu-ragu.
5. Elak terima daripada orang tidak dikenali, tolak secara sopan.
6. Perhati tanda-tanda meragukan misalkan minuman telah dialihkan dari posisi asal, warna pelik, kuantiti air bertambah, rasa minuman agak ganjil, terdapat buih yang mencurigakan atau apa-apa saja.
7. Berhenti minum serta merta jika rasa yang luar biasa. Anggap keadaan di tempat itu tidak selamat, segera beredar dan hubungi keluarga atau rakan baik anda jika khuatir berseorangan.
Sumber: Facebook PDRM
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video